From Wikipedia, the free encyclopedia
Spongiforma squarepantsii ialah satu spesies kulat dalam famili Boletaceae, genus Spongiforma. Kulat yang ditemui di Malaysia ini disifatkan sebagai baru kepada bidang sains pada tahun 2011. Nama saintifik kulat ini berasal dari nama watak kartun SpongeBob SquarePants.
Spongiforma squarepantsii | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Divisi: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | |
Spesies: | S. squarepantsii |
Nama binomial | |
Spongiforma squarepantsii Desjardin, Peay & T.D. Bruns | |
Peta Sarawak, Malaysia, lokasi Taman Negara Bukit Lambir |
Spesies ini julung kali dihuraikan secara saintifik di Internet pada Mei 2011 dalam jurnal Mycologia, berasaskan spesimen-spesimen yang dikumpul di Taman Negara Bukit Lambir, Sarawak, Malaysia, pada tahun 2010.[1]
Nama genus Spongiforma memaksudkan sifat kandul spora yang seakan bunga karang, sementara nama julukannya, squarepantsii menandakan keserupaannya dengan watak kartun tersebut. Selain itu, para pengarang juga mendapati bahawa permukaan bersporanya agak menyerupai "dasar laut yang dilitupi bunga karang tubul, seakan-akan tempat tinggal SpongeBob" apabila dilihat dengan mikroskop elektron pengimbas.[2]
Kandul spora Spongiforma squarepantsii berwarna jinga cerah, dengan matra selebar 3–5 cm (1.2–2.0 in) dan setinggi 2–3 cm (0.8–1.2 in). Bentuknya lebih kurang berbentuk sfera atau telur, tanpa batang. Pada permukaannya ada rabung-rabung dan lekuk-lekuk yang dalam seakan-akan otak. Kulat ini liat dan seakan-akan span — jika air dipancut keluar, ia akan pulih kepada bentuk asal dengan sendiri. Permukaannya juga ada rongga-rongga (lokul) yang agak besar dan tidak tetap bentuknya, berlapik dengan tisu yang subur (menghasilkan spora). Kandul sporanya mempunyai bau yang kuat, baik seharum buah-buahan mahupun tengik. Tisu cendawan menjadi ungu apabila dikenakan setitis 3–10% kalium hidroksida.[2]
Sporanya yang berbentuk buah badam itu ukurannya 9.5–12.5 kali 6–7 μm dengan dinding yang setebal 0.5–1.2 μm. Dalam tisu kulat ini tiadanya sambungan pengapit.[2]
Spongiforma squarepantsii ditemui di tanah Taman Negara Bukit Lambir, negeri Sarawak, Malaysia.[2]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.