baka anjing dari Jepun From Wikipedia, the free encyclopedia
Chin Jepun,[lower-alpha 1] hanya chin,[lower-alpha 2] atau spaniel Jepun[lower-alpha 3][1] ialah satu baka anjing mainan yang merupakan anjing riba dan anjing teman dengan warisan distingtif.
Nama lain | Chin Spaniel Jepun | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | Jepun | |||||||
| ||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Walaupun kebanyakan orang percaya bahawa baka sumber untuk chin Jepun berasal dari China, laluan yang digunakan oleh chin untuk tiba di Jepun ialah topik yang diperdebatkan secara meluas. Salah satu cerita mendakwa bahawa anjing ini diberikan kepada kerabat diraja Jepun pada tahun 732 Masihi sebagai hadiah yang dibawa oleh Kim Jangson (金長孫), seorang utusan dari kerajaan Silla di semenanjung Korea.[2] Yang lain pula berpendapat bahawa anjing ini diberikan sebagai hadiah kepada Maharani Jepun seawal pertengahan abad keenam atau menjelang abad ketujuh. Masih ada pula yang lain yang mendakwa bahawa chin pertama kali tiba di Jepun pada sekitar tahun 1000 Masihi.[3]
Pada tahun 1613, chin Jepun dibawa ke England. Pada tahun 1853, seekor anjing diperoleh oleh pegawai tentera laut Amerika, Matthew Calbraith Perry. Sejak tahun 1868, ia telah menjadi anjing riba kepada para wanita kelas atasan dan kini merupakan anjing pendamping.[4]
Chin Jepun berdiri hampir-hampir setinggi 25 cm (10 in) pada paras kelasa untuk jantan dengan betina yang lebih tinggi sedikit. Persekutuan Kinologi Antarabangsa tidak memberikan syarat berat untuk chin. Ekspresi distingtifnya bercirikan kepala lebar bulat besar, mata gelap besar renggang, muncung lebar sangat pendek, jumbai telinga, dan tanda-tanda muka bercorak sekata.[4]
Chin Jepun adalah sangat mirip kucing dari segi penampilan dan trait. Kebanyakan anjing mempunyai dua jenis bulu pada lapis bulunya: lapis bulu bawah dan lapis bulu atas. Walau bagaimanapun, chin Jepun hanya mempunyai lapis bulu atas. Lapis bulu dewasa dapat mengambil masa sehingga dua tahun untuk tumbuh sepenuhnya dan dapat sama ada berwarna hitam dan putih, merah dan putih (termasuk semua cahaya warna sabel, lemon, atau jingga), atau triwarna (hitam dan putih dengan titik-titik sawo matang kemerah-merahan). Setakat 11 November 2011, warna yang tidak tersenarai dalam piawaian baka[5] merupakan syarat penyingkiran dalam pertandingan.
Anjing ini mempunyai titik atau garis pada dahinya yang dipercayai dalam sejarah Jepun sebagai sentuhan Buddha.[perlu rujukan]
Sikap baka ini telah dibandingkan dengan sikap kucing dengan lebih kerap berbanding dengan baka lain: ia berwaspada, cerdas, dan berdikari dan ia menggunakan kakinya untuk mencuci dan mengelap mukanya. Trait lain mirip kucing termasuk keutamaannya untuk berehat di permukaan tinggi, deria imbangan baik, dan kecenderungan untuk bersembunyi di tempat yang tidak dijangka. Chin Jepun setia kepada pemiliknya dan biasanya merupakan baka ramah. Walaupun chin Jepun lebih menyukai persekitaran terbiasa, ia juga berjaya dalam situasi baharu. Ini, di samping sikap mesra, menjadikannya anjing terapi bagus. Sosialisasi awal anak chin Jepun membawa kepada chin yang lebih seimbang dari segi emosi yang lebih menerima situasi dan orang berlainan.
Chin Jepun ialah haiwan defensif dan oleh itu walaupun ia biasanya pendiam, ia akan menyalak untuk memaklumkan ketibaan pelawat atau menarik perhatian kepada tentang sesuatu yang luar biasa.
Chin Jepun juga dibiakbakakan untuk tujuan hiburan pemiliknya. Walaupun biasanya tenang, ia cukup terkenal kerana melakukan banyak trik seperti "putaran chin", iaitu apabila ia berputar dalam bulatan pantas; menari di atas tungkai belakang sambil mengais kaki hadapan mereka, bersebelahan, di udara; dan sesetengah anjing juga "menyanyi", dengan bunyi yang berkisar antara tril rendah dengan bunyi lebih tinggi hampir bagai opera.
Sebuah kajian United Kingdom tahun 2024 mendapati jangka hayat sebanyak 12.5 tahun untuk baka ini berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[6]
Isu kesihatan lazim pada chin Jepun termasuk tempurung lutut terkehel, katarak, dan desir jantung permulaan awal.[7]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.