Skrillex
pemuzik dari Amerika Syarikat From Wikipedia, the free encyclopedia
Sonny John Moore (lahir 15 Januari 1988)[4] lebih di kenal dengan nama pentasnya Skrillex, ialah seorang penerbit, DJ, penyanyi, dan penulis lagu muzik tarian elektronik Amerika yang membesar di kawasan timur laut Los Angeles dan California Utara. Sonny Moore bergabung dengan band post-hardcore asal Amerika From First To Last sebagai vokalis utama pada tahun 2004, dan merakam studio album dengan bandnya (Dear Diary, My Teen Angst Hasa Body Count, 2004 dan Heroine, 2006) sebelum meninggalkan bandnya untuk berkarya secara solo pada 2007.[5][6] Beliau memulai jelajah pertamanya sebagai pemuzik solo pada tahun itu. Setelah merekrut band baru, Moore bergabung dengan Alternative Press Tour untuk menyokong kugiran seperti All Time Low dan The Rocket Summer; beliau juga muncul dalam senarai tahunan Alternative Press bertajuk "100 Bands You Need to Know".[7]
Skrillex | |
---|---|
![]() | |
![]() Skrillex, 2011 | |
Maklumat latar belakang | |
Nama lahir | Sonny John Moore |
Juga dikenali sebagai | Twipz, Sonny |
Kelahiran | Los Angeles | 15 Januari 1988
Asal | Los Angeles, California, Amerika Syarikat |
Warganegara | Amerika Syarikat |
Genre | EDM[1] brostep[2][3] Dubstep Electro house Trap Post-hardcore |
Pekerjaan | DJ, penerbit rakaman, gitaris, penyanyi |
Alat muzik | Vokal, gitar bass, gramofon, mesin dram, penyintesis, sampler, sequencer, komputer peribadi |
Tahun aktif | 2002–kini |
Diskografi | Lihat: Skrillex discography (en) |
Syarikat rakaman | Atlantic, Big Beat, mau5trap, OWSLA |
Anggota bagi | Jack Ü (2013–2016) From First To Last (2004–2007) Dog Blood |
Anggota keluarga/pasangan | |
Pasangan/bekas pasangan | Ellie Goulding (2013–2013) |
Pautan berkaitan | |
Tapak sesawang | www |
Pautan lain | ![]() ![]() ![]() ![]() |
sunting · sunting di Wikidata |
Setelah merilis Gypsyhook EP pada 2009, Moore dijadualkan untuk merakam album studio debutnya, Bells, dengan produser Nuh Shain. Namun begitu, beliau berhenti menerbitkan album dan mula tampil dengan nama Skrillex, lalu menerbitkan EP My Name Is Skrillex dengan muat turun percuma di halaman MySpace rasminya. Selanjutnya, beliau melancarkan EP Scary Monster And Nice Sprites pada akhir 2010 dan More Monsters And Sprites pada pertengahan 2011, kedua-duanya sejak itu memperoleh sambutan komersial sederhana. Pada November 30 2011, beliau dicalonkan dalam lima kategori acara Anugerah Grammy ke-54 termasuk Artis Baharu Terbaik dan menang tiga daripada itu: Album Tarian/Elektronika Terbaik, Rakaman Tarian Terbaik, dan Rakaman Remix Tak Klasik Terbaik.[8]
Diskografi
Album studio
EP
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.