From Wikipedia, the free encyclopedia
Sistem pembiakan perempuan mengandungi dua bahagian utama:
Sistem pembiakan perempuan (manusia) | |
---|---|
Butiran | |
Pengenalpastian | |
nama bahasa Latin | systema genitale femininum |
MeSH | D005836 |
TA | A09.1.00.001 |
FMA | FMA:45663 |
Terminologi anatomi |
Sistem pembiakan perempuan selalu merupakan bahagian dalaman. Faraj membuka ke luar di vulva yang juga merangkumi labium, kelentit dan uretra. Ia bersambung dengan uterus melalui serviks, sedangkan uterus bersambung dengan ovari melalui salur falopia.
Pada lebih kurang setiap bulan, sebiji ovum akan menjadi matang melalui proses oogenesis dan dihantarkan ke uterus melalui salur falopia. Jika dalam perjalanan ini, ovum bertemu dengan sperma, sperma akan menembus dan bergabung dengannya. Proses ini yang digelarkan persenyawaan biasanya terjadi di dalam salur falopia, tetapi juga boleh terjadi di dalam uterus. Zigot yang dihasilkan akan melekat pada dinding uterus, di mana ia memulakan proses embriogenesis dan morfogenesis. Sewaktu perkembangannya mencapai tahap untuk berhidup di luar rahim, serviks akan mengembang dan pengecutan uterus akan menolakkan fetus ke luar melalui salur lahir, iaitu faraj.
Jika tidak disenyawakan, ovum itu akan dikeluarkan daripada sistem perempuan melalui haid.
Faraj merupakan saluran berbentuk tiub dari uterus ke luar badan. Ia merupakan tempat di mana air mani lelaki dibubuh dalam tubuh perempuan sewaktu persanggamaan.
Serviks merupakan bahagian bawah uterus yang sempit di mana ia bersambung dengan hujung faraj yang atas. Ia berbentuk silinder ataupun kon dan terjulur melintasi bahagian anterior atasan bagi dinding faraj.
Lebih kurang setengah daripada panjangnya dapat dilihat, sedangkan yang bakinya tersembunyi di atas faraj.
Uterus atau rahim ialah organ pembiakan perempuan yang utama. Satu hujungnya membuka kepada faraj melalui serviks, sedangkan hujung yang lain bersambung di kedua-dua belah uterus kepada salur-salur falopia.
Sebahagian besar uterus terdiri daripada otot yang dikenali sebagai miometrium. Fungsi utamanya ialah untuk menerima ovum tersenyawa yang akan melekat pada endometrium untuk mendapat makanannya daripada salur darah yang berkembang semata-semata untuk tujuan ini. Ovum tersenyawa akan berkembang daripada peringkat embrio menjadi fetus dan kemudian dilahirkan sebagai bayi.
Salur falopia ataupun oviduktus merupakan dua tiub halus yang menghubungkan ovari dengan uterus. Sewaktu ovum menjadi matang, folikel serta dinding ovari akan pecah dan membenarkan ovum melepaskan diri untuk kemasukan ke dalam salur falopia. Di sini, ia akan tiba di uterus melalui bantuan silia yang terletak di lapisan dalaman tiub yang menolakkannya. Perjalanan ini boleh mengambil masa berjam-jam ataupun berhari-hari. Jika ovum disenyawakan semasa di salur falopia, ia akan melekat pada endometrium sewaktu bertiba di uterus. Perlakuan ini menandakan permulaan kehamilan.
Ovari ialah organ perempuan yang menghasilkan ovum atau telur. Proses untuk melepaskan ovum ke dalam salur falopia digelarkan pengovulan. Pengovulan terjadi secara berkala dan memberi kesan yang langsung kepada jangka kitaran haid. Selepas pengovulan, ovum akan bergerak ke uterus melalui salur falopia. Kehamilan akan terjadi jika ia disenyawakan oleh sperma dalam perjalanan itu ke uterus.
Sistem pembiakan - sunting |
---|
Perempuan - Serviks | Klitoris | Tudung klitoris | Salur falopia | Kelenjar Bartholin | Titik-G | Himen | Labium | Kelenjar mama | Ovari | Kelenjar Skene | Uretra | Uterus | Faraj | Vulva |
Lelaki - Kelenjar bulbouretra | Duktus pemancutan | Epididimis | Kulit khatan | Frenulum | Glans penis | Zakar | Kelenjar prostat | Skrotum | Vesikel semen | Korda spermatik | Testikel | Uretra | Vas deferens |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.