From Wikipedia, the free encyclopedia
Simbol darjah (°) ialah suatu simbol tipografi yang digunakan antaranya untuk mewakili sudut, unit jam (dalam bidang perubatan), darjat suhu dan pruf alkohol. Simbol ini terdiri daripada suatu bulatan kecil yang ditulis di bahagian atas tulisan.
° | |
---|---|
Simbol darjah | |
Dalam Unicode | U+00B0 ° DEGREE SIGN (HTML ° · ° ) |
Berkaitan | |
Lihat juga | U+2103 ℃ DEGREE CELSIUS U+2109 ℉ DEGREE FAHRENHEIT |
Berbeza dengan | |
Berbeza dengan | U+00BA º MASCULINE ORDINAL INDICATOR |
Dalam kes penghuraian sudut, simbol darjah menuruti nombor tanpa sebarang ruang (contoh: 30°). Penambahan unit minit dan saat sudut menuruti unit darjah, dengan ruang pemisah di antara nilai unit-unit, tetapi tidak di antara nombor nilai dan unit (contoh: 30° 12′ 5″).
Dalam perwakilan suhu pula, sesetengah badan piawaian utama menetapkan gaya tulisan di mana nombor nilai dan simbol darjah dijarakkan (contoh: 10 °C).[1][2] Namun begitu, dalam banyak percetakan profesional seperti bahan-bahan Oxford University Press, tiada jarak di antara simbol darjah dengan nombor nilai serta unit suhu (contoh: 10°C).[3][4]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.