Sim Chon Siang

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Sim Chon Siang merupakan seorang ahli politik Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang (EXCO) dalam pentadbiran kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) di bawah Menteri Besar Wan Rosdy Wan Ismail sejak Disember 2022 serta Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang (ADUN) bagi Teruntum sejak Mei 2013. Beliau merupakan ahli, Naib Pengerusi Negeri dan Timbalan Ketua Cabang Kuantan Parti Keadilan Rakyat (PKR), sebuah parti komponen Pakatan Harapan (PH) dan dahulunya Pakatan Rakyat (PR).[1] Beliau merupakan salah seorang daripada hanya dua Ahli EXCO Pahang daripada PH dan berketurunan Cina Malaysia, bersama ADUN Triang, Leong Yu Man.[2][3]

Fakta Segera Yang Berhormat TuanADUN, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang ...
Remove ads

Kerjaya politik

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang (sejak 2022)

Pilihan raya negeri Pahang 2022 telah menyaksikan penubuhan Dewan Undangan Negeri tergantung buat pertama kali dalam sejarah negeri itu. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai, Wan Rosdy daripada BN telah dilantik semula sebagai Menteri Besar Pahang selepas BN dan PH membentuk kerajaan campuran negeri pada 28 November 2022. Pada 2 Disember 2022, Sim telah dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Pahang oleh Menteri Besar Wan Rosdy. 12 hari kemudian, pada 14 Disember 2022, Sim mengambil alih portfolio Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia, menggantikan dua portfolio terdahulu daripada bekas ADUN Pulau Tawar, Nazri Ngah dan satu lagi portfolio daripada bekas ADUN Tioman, Mohd Johari Hussain.[4]

Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang (sejak 2013)

Pilihan raya negeri Pahang 2013

Dalam Pilihan raya negeri Pahang 2013, Sim telah membuat penampilan sulungnya dalam pilihan raya setelah dicalonkan oleh Pakatan Rakyat (PR) untuk bertanding di kerusi negeri Teruntum. Beliau menentang calon Barisan Nasional (BN), Chang Hong Seong, dan memenangi kerusi tersebut dengan memperoleh sebanyak 12,385 undi serta majoriti 4,437 undi.

Pilihan raya negeri Pahang 2018

Dalam Pilihan raya negeri Pahang 2018, Sim telah dicalonkan semula oleh Pakatan Harapan (PH) untuk bertanding di kerusi negeri Teruntum. Beliau menentang Tee Choon Ser dari Barisan Nasional (BN) dan Azizah Mohd Ali dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Sim berjaya mempertahankan kerusi tersebut dengan memperoleh sebanyak 12,227 undi dan majoriti sebanyak 7,725 undi.

Pilihan raya negeri Pahang 2022

Dalam Pilihan raya negeri Pahang 2022, Sim telah dicalonkan semula oleh Pakatan Harapan (PH) untuk bertanding di kerusi negeri Teruntum. Beliau menentang Tee Choon Ser dari Barisan Nasional (BN), Yap Kim Heng dari Perikatan Nasional (PN) dan Khairul Afifie Abdullah dari Parti Pejuang Tanah Air. Sim berjaya mempertahankan kerusi tersebut dengan memperoleh sebanyak 12,983 undi dan majoriti sebanyak 8,659 undi.

Remove ads

Keputusan pilihan raya

Maklumat lanjut Tahun, Kawasan pilihan raya ...
Remove ads

Nota

  1. Menerima portfolio 12 hari selepas mengangkat sumpah jawatan.

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads