Silla Akhir

From Wikipedia, the free encyclopedia

Silla Akhir

Silla Akhir (668–935, Hangul: 후신라; Hanja: [後新羅] Error: {{Lang}}: invalid parameter: |script= (help); RR: Husilla, sebutan bahasa Korea: [huː.ɕil.la]) atau Silla Bersatu (Hangul: 통일신라; Hanja: [統一新羅] Error: {{Lang}}: invalid parameter: |script= (help), sebutan bahasa Korea: [tʰoːŋ.il.ɕil.la]) adalah nama yang sering digunakan untuk kerajaan Korea Silla, salah satu daripada Tiga Kerajaan Korea, selepas menakluk Baekje dan Goguryeo pada abad ke-7, menyatukan kawasan tengah dan selatan semenanjung Korea. Silla Akhir adalah negara yang makmur dan kaya,[2] dan ibu kota metropolitannya Seorabeol (nama moden Gyeongju)[3] adalah kota keempat terbesar di dunia pada masa itu.[4][5][6][7] Semasa zaman kegemilangannya, negara itu bersaing dengan Balhae, kerajaan Goguryeo-Mohe, di bahagian utara untuk ketuanan di rantau itu. Sepanjang kewujudannya, Silla kemudiannya dibelenggu oleh gejolak politik, terutamanya oleh kumpulan pemberontak yang menakluki Baekje dan wilayah Goguryeo, yang membawa kepada tempoh Tiga Kerajaan Akhir pada akhir abad ke-9.

Fakta Segera 신라 (新羅)통일신라 (統一新羅)후신라 (後新羅), Ibu negara ...
Silla
신라 (新羅)통일신라 (統一新羅)후신라 (後新羅)
668–935
Silla Bersatu dengan petunjuk wilayah
Silla Bersatu dengan petunjuk wilayah
Ibu negaraSeorabeol (nama moden Gyeongju)
Bahasa yang umum digunakanBahasa Silla (Korea Lama)
Agama
Buddhisme, Konfusianisme, Taoisme, shamanisme Korea
KerajaanMonarki
Raja 
 661–681
Munmu
 681–692
Sinmun
 887–897
Jinseong
 927–935
Gyeongsun (terakhir)
Era SejarahPurba
 Penubuhan
668
670–676
 Permulaan tempoh Tiga Kerajaan Akhir
892–936
 Penyerahan kepada Dinasti Goryeo
935
Populasi
 Abad ke-8[1]
2,000,000
Didahului oleh
Diganti oleh
Silla
Goguryeo
Baekje
Dinasti Goryeo
Sekarang sebahagian dari Korea Selatan
 Korea Utara
Tutup
Fakta Segera Hangul, Hanja ...
Pavilion Anapji
Hangul후신라
Hanja後新羅
Perumian SemakanHu-silla
McCune–ReischauerHu-silla
Tutup

Nama

Sejarawan Korea moden mula mengkritik pandangan tradisional tentang Silla Bersatu sebagai penyatuan Korea. Mengikut perspektif ini, Goryeo dianggap penyatuan pertama Korea, memandangkan Balhae masih wujud setelah penubuhan "Silla Bersatu", walaupun menduduki wilayah utara semenanjung Korea.[8][9]

Penyatuan

Pada 660, Raja Munmu mengarahkan tenteranya untuk menyerang Baekje. Jeneral Kim Yu-shin, dibantu oleh pasukan Tang, mengalahkan Jeneral Gyebaek dan menakluk Baekje. Pada tahun 661, dia berpindah ke Goguryeo tetapi ditolak. Raja Munmu adalah penguasa pertama yang pernah melihat selatan Semenanjung Korea sebagai satu entiti politik selepas kejatuhan Gojoseon. Oleh itu, kerajaan Silla pasca 668 sering disebut sebagai Silla Bersatu. Silla Bersatu berlangsung selama 267 tahun sehingga, di bawah Raja Gyeongsun, jatuh kepada Goryeo pada tahun 935.

Budaya

Silla Akhir menjalankan mewarisi kekuatan maritim Baekje, yang bertindak seperti Phoenicia di Asia Timur abad pertengahan,[10] dan pada abad ke-8 dan ke-9 mendominasi lautan Asia Timur dan perdagangan antara China, Korea dan Jepun, terutama sekali pada zaman Jang Bogo; selain itu, masyarakat Silla membuat komuniti di luar negeri di Semenanjung Shandong dan di muara Sungai Yangtze.[11][12][13][14]

Silla Akhir adalah zaman kegemilangan seni dan budaya,[15][16][17][18] seperti yang dibuktikan oleh Hwangnyongsa, Seokguram, dan Loceng Emille. Buddhisme berkembang pada masa ini, dan banyak orang Korea beragama Buddha mendapat perhatian besar di kalangan China Buddha[19] dan menyumbang kepada Buddhisme Cina,[20] termasuk: Woncheuk, Wonhyo, Uisang, Musang,[21][22][23][24] dan Kim Gyo-gak, seorang putera Silla yang pengaruhnya menjadikan Gunung Jiuhua salah satu dari Empat Pergunungan Suci Buddhisme China.[25][26][27][28][29]

Thumb
Vairocana Buddha

Silla Bersatu dan Tang mengekalkan hubungan rapat. Ini terbukti dengan pengimportan budaya Cina yang berterusan. Ramai sami Korea pergi ke China untuk belajar tentang Buddhisme. Sami Hyech'o pergi ke India untuk mempelajari Buddhisme dan menulis catatan mengenai perjalanannya.[30] Mazhab baru agama Buddha diperkenalkan oleh para sami yang telah belajar di luar negara.[30]

Silla Bersatu membuat bancian saiz dan populasi semua bandar, serta kuda, lembu dan produk khas dan mencatat data tersebut dalam Minjeongmunseo (민정문서). Pelaporan itu dilakukan oleh pemimpin setiap bandar.[31]

Kolej Konfusian kebangsaan ditubuhkan pada tahun 682 dan sekitar 750 ia dinamakan semula sebagai Universiti Konfusian Kebangsaan.[30] Universiti ini terhad kepada golongan bangsawan elit.

Lihat juga

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.