Shunsuke Nakamura

Pemain bola sepak From Wikipedia, the free encyclopedia

Shunsuke Nakamura

Shunsuke Nakamura (中村 俊輔, Nakamura Shunsuke, lahir 24 Jun 1978) merupakan bekas pemain bola sepak professional Jepun kali terakhir bermain untuk Espanyol. Beliau merupakan pemain pertama dan satu-satunya untuk dinamakan Pemain Paling Bernilai Liga J. dua kali, menerima anugerah itu pada tahun 2000.[2] Beliau dikenali kerana visi, sentuhan, dan keupayaan mengambil sepakan percuma; Steve Perryman pernah berkata bahawa Nakamura "boleh membuka tin kacang menggunakan kaki kirinya".[3]

Fakta Segera Maklumat peribadi, Nama penuh ...
Shunsuke Nakamura
Thumb
Maklumat peribadi
Nama penuh Shunsuke Nakamura[1]
Tarikh lahir (1978-06-24) 24 Jun 1978 (umur 46)
Tempat lahir Yokohama, Jepun
Ketinggian 1.78 m (5 ka 10 18 in)
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Bersara
Kerjaya remaja
1986–1995 Nissan Junior Youth
1995–1998 Tōkō Gakuen High School
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1997–2002 Yokohama F. Marinos 148 (33)
2002–2005 Reggina 81 (16)
2005–2009 Celtic 128 (29)
2009–2010 Espanyol 12 (0)
Pasukan kebangsaan
1997 Jepun B20 5 (1)
2000 Jepun B23 4 (0)
2000–2010 Jepun 98 (24)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 28 October 2013
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 1 July 2010
Tutup

Bekas kelabnya termasuk Espanyol, Celtic, dan Reggina. Ketika tempohnya bersama Celtic, beliau menjadi salah seorang pemain Asia paling menonjol yang beraksi di Eropah; beliau dicalonkan untuk Ballon d'Or 2007,[4] dinamakan Pemain Terbaik Tahunan Pilihan Pemain SPFA[5] dan Pemain Bola Sepak Terbaik Tahunan SFWA[6] pada tahun 2007, dan menjadi pemain Jepun pertama untuk menjaringkan gol dalam Liga Juara-Juara Eropah.[7] Pencapaian pasukannya di Celtic termasuklah memenangi Liga Perdana Scotland pada tahun 2006, 2007, dan 2008, Piala Liga Scotland pada tahun 2006 dan 2009, dan Piala Scotland pada tahun 2007.

Nakamura mempunyai 98 kap dan 24 gol untuk Pasukan bola sepak kebangsaan Jepun, termasuklah penampilannya ketika peringkat akhir Piala Dunia FIFA pada tahun 2006 dan 2010.[8] Beliau juga memenangi Piala Asia pada tahun 2000 dan 2004; beliau dinamakan Pemain Paling Bernilai semasa pertandingan tahun 2004. Beliau juga beraksi ketika Piala Dunia B-20 FIFA 1997 sebagai ahli pasukan Jepun bawah-20 dan ketika Sukan Olimpik Musim Panas 2000 sebagai ahli pasukan Jepun bawah-23.

Asteroid 29986 Shunsuke juga dinamakan sempena namanya.

Kejayaan

Individu

  • Sebelas Terbaik Liga J. (2): 1999, 2000
  • Pemain Paling Bernilai Liga J.: 2000
  • Pemain Paling Bernilai Piala Asia : 2004
  • Pemain Terbaik Tahunan Pilihan Pemain SPFA : 2007
  • Pemain Bola Sepak Terbaik Tahunan SFWA : 2007
  • Pasukan Terbaik Musim Scotland PFA: 2007[9]
  • Pemain Terbaik Tahunan Celtic: 2007[10]
  • Pemain Terbaik Tahunan Pilihan Peminat Celtic: 2007[10]

Statistik karier pasukan kebangsaan

Penampilan pasukan kebangsaan

[8]

Maklumat lanjut Pasukan kebangsaan Jepun, Tahun ...
Pasukan kebangsaan Jepun
TahunKmnclnGol
2000163
200110
200262
200384
2004153
2005113
200661
2007104
200892
2009112
201050
Jumlah9824
Tutup

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.