Sheryl Sandberg
From Wikipedia, the free encyclopedia
Sheryl Kara Sandberg (lahir 28 Ogos 1969) ialah seorang eksekutif perniagaan, bilionair dan dermawan Amerika Syarikat. Sandberg berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) Facebook dan pengasas LeanIn.Org.[2] Pada Jun 2012, beliau telah dilantik ke Lembaga Pengarah Facebook,[3] menjadi wanita pertama yang menduduki lembaga pengarah. Sebelum menyertai Facebook sebagai COO, Sandberg merupakan Naib Presiden Jualan Dalam Talian and Operasi di Google, dan telah terlibat dalam cabang kedermawanan Google.org. Sebelum itu, Sandberg berkhidmat sebagai Ketua Kakitangan Setiausaha Bendahara Amerika Syarikat, Lawrence Summers.
Sheryl Sandberg | |
---|---|
![]() Sandberg pada 2013 | |
Kelahiran | Sheryl Kara Sandberg 28 Ogos 1969 Washington, D.C., A.S. |
Pendidikan | Universiti Harvard (AB, MBA) |
Pekerjaan | COO, Facebook (2008–kini) |
Tahun aktif | 1991–kini |
Nilai bersih | AS$1.8 bilion (September 2020)[1] |
Parti politik | Demokratik |
Ahli lembaga | Facebook Women for Women International Center for Global Development V-Day SurveyMonkey |
Pasangan | Brian Kraff (k. 1993; c. 1994) Dave Goldberg (k. 2004; m. 2015) |
Rakan kongsi domestik | Tom Bernthal (2019–kini; bertunang) |
Anak-anak | 2 (bersama Goldberg) |
Pada tahun 2012, beliau telah dinamakan dalam Time 100, senarai tahunan orang paling berpengaruh di dunia.[4] Setakat Disember 2019[kemas kini], Sandberg dilaporkan memiliki nilai US$1.8 bilion, susulan pegangan sahamnya dalam Facebook dan syarikat-syarikat lain.[5][6][7][8]
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.