Shanon Shah Mohd Sidek (lahir 14 Ogos 1978) ialah seorang penyanyi dan penulis lagu Malaysia.[1] Beliau telah mengeluarkan sebuah album berbahasa Melayu bertajuk Dilanda Cinta di bawah label Interglobal Music.[2]

Fakta Segera Nama lahir, Kelahiran ...
Shanon Shah
Nama lahirShanon Shah bin Mohd Sidek
Kelahiran (1978-08-14) 14 Ogos 1978 (umur 46)
Berasal dariAlor Star, Kedah, Malaysia
GenreSoul
PekerjaanPenyanyi, Penulis lagu, Wartawan
InstrumenPiano
Tahun aktif2001 - kini
Syarikat rakaman
Interglobal Music
Tutup

Sungguhpun pernah berlatih dalam kejuruteraan kimia, Shanon juga bekerja sebagai wartwan dan penganalisa risiko kredit.[3] Beliau juga mendukung kesedaran hak asasi manusia sekuat-kuatnya, terutamanya sebagai pelatih dan pemudah dalam bidang ini.[4][5]

Beliau memberi tumpuan kepada isu kejantinaan, seksualiti, HIV/AIDS dan Islam. Shanon juga menulis untuk theSun dan pernah menulis bagi mdia cetak seperti New Straits Times, Kakiseni.com dan MuslimWakeUp.com (sebuah majalah Muslim Progresif atas talian).

Pada tahun 2003, Shanon memenangi Anugerah Artis Harapan Mandarin Oriental Fan of the Arts pada Anugerah Seni Cameronian Boh Tahunan ke-2. Tiga tahun kemudian, beliau memenangi Anugerah Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Lelaki) dalam Anugerah Industri Muzik yang ke-13.[6]

Pada tahun 2007, Shanon menyertai pertandingan Ikon Malaysia yang pertama.

Pencapaian

  • 2001 - Juara Tempat Pertama - Lagu "Kisahmu Belum Berakhir" & Mencipta lagu Patriotik alaf baru, Anjuran Kolej Muzik Antarabangsa Malaysia[7]
  • 2003 - Mandarin Oriental Fan of the Arts Most Promising Artist Award, 2nd Annual Boh Cameronian Arts Awards[8]
  • 2006 - Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Lelaki), AIM13

Album

  • Dilanda Cinta (2005)
  • Suara Yang Ku Dengar (2010)

Rujukan

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.