From Wikipedia, the free encyclopedia
Serangan ke atas Bani Qainuqak, Arab: بنو قينقاع ) atau Ekspedisi menentang Bani Qainuqak [1] berlaku dalam tahun 624 M. Bani Qaunuqak ialah suku kaum Yahudi yang disingkirkan oleh Muhammad kerana dikatakan mungkir janji yang dibuat bersama dalam Piagam Madinah.[2][3]:209 Seorang ahli kaum Qainuqak menyemat pakaian seorang wanita Muslim yang menyebabkan pakaian wanita tersebut terbuka. Pergaduhan berlaku dan seorang Muslim membunuh orang Yahudi sebagai balasan. Orang Yahudi kemudiannya membunuh Muslim tersebut. Perbalahan ini meningkat sehinggakan mencetuskan pembunuhan saling menyebabkan permusuhan antara Muslim dan Yahudi Bani Qainuqak yang membawa kepad pengepungan kubu mereka.[2][4][5]:122 Suku kaum Yahudi ini akhirnya menyerah kalah kepada Muhammad yang pada awalnya mahu menjatuhkan hukum bunuh ke atas suku Qainuqak tetapi akhirnya mengalah kepada rayuan Abdullah bin Ubaiy dan bersetuju agar Bani Qainuqak dihalau.[6]
Pada abad ketujuh Masihi, Bani Qainuqak tinggal di dalam dua kubu atau kota di bahagian barat daya Yathrib. Tarikh mereka sampai di Madinah tidak diketahui. Walaupun ahli Bani Qainuqak menggunakan nama Arab, mereka orang Yahudi dari segi etnik dan agama. Mereka tidak memiliki tanah dan menyara hidup dengan menjalankan perdagangan dan kerja tangan, termasuklah dengan menjadi tukang emas.[7] Pasar Yathrib terletak di bahagian bandar di mana teletak penempatan Qainuqak.[8]:182 Bani Qainuqak bersekutu dengan suku Arab tempatan, Bani Khazraj dan menyokong mereka dalam pertelingkahan mereka menentang Bani Aws.[7]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.