From Wikipedia, the free encyclopedia
Sequoyah (bahasa Cherokee: ᏍᏏᏉᏯ Ssiquoya[2][3] atau ᏎᏉᏯ Se-quo-ya, nama Inggeris diberi: George Gist atau George Guess; s.1770–1843), merupakan seorang tukang besi dan perak aneka bidang peribumi bangsa Cherokee. Beliau bertanggungjawab mencipta suatu sistem tulisan untuk bahasa Cherokee yang dituturkan beliau sendiri walaupun sebelum ini beliau buta huruf.[1][4]
Sequoyah ᏍᏏᏉᏯ Ssiquoya ᏎᏉᏯ Se-quo-ya | |
---|---|
Kelahiran | s. 1770 |
Meninggal dunia | Ogos 1843 (berumur 72–73) |
Warganegara | Cherokee, Amerika Syarikat |
Nama lain | George Guess, George Gist |
Pekerjaan | Tukang besi, pahlawan, penulis |
Pasangan | pertama: Sally (nama asal tidak diketahui) ke-2: U-ti-yu, ᎤᏘᏳ |
Anak-anak | 4 orang dengan isteri pertama, 3 orang dengan isteri ke-2 |
Ibu bapa | Wut-teh dan Nathanial Gist |
Sistem ciptaan ini segera digunapakai bangsa Cherokee empat tahun setelah ia siap pembangunan sistem ini pada 1825. Perkenalan sistem tulisan ini menjadikan bahasa mereka dapat dibaca malah turut meningkatkan tahap kecelikan huruf bangsa ini melebihi para pendatang Eropah yang duduk di kawasan sama.[1] Malah, kejayaan usaha Sequoyah turut mempengaruhi seberapa mubaligh dan orang awam serata dunia dari Kanada ke Liberia dan China mencipta sistem penulisan untuk bahasa masing-masing; sebanyak 21 buah sistem tulisan tercipta untuk 65 bahasa dipengaruhi kejayaan beliau.[5]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.