Sekolah asrama harian di Selangor, Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu (SMK Sungai Pusu) terletak di Batu 7, Jalan Gombak, Selangor, Malaysia. Ia telah dirasmikan pada 1999 yang memperlihatkan pengetua sekolah yang pertama ialah Pn. Hajah Fuzi bt Miar Ahmad. SMK Sungai Pusu merupakan sebuah sekolah asrama harian yang menempatkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dari sekitar daerah Gombak. Di samping itu, SMK sungai Pusu juga menerima pelajar-pelajar harian daripada Sekolah Kebangsaan Gombak Utara dan Sekolah Kebangsaan Sungai Pusu. SMK Sungai Pusu merupakan sebuah Sekolah Bestari, daripada sejumlah 88 buah Sekolah Bestari di seluruh negara.
Rencana ini mengandungi senarai rujukan, bacaan berkaitan atau pautan luar, tetapi sumbernya masih tidak jelas kerana kekurangan petikan dalam baris. (Julai 2024) |
Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu | |
---|---|
Lokasi | |
Km11 Jalan Gombak, Kuala Lumpur, Selangor Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | Tekun, Taat, Taqwa |
Ditubuhkan | 1999 |
Nombor sekolah | 0361861701 |
Kod sekolah | BEA7616[1] |
Pengerusi PIBG | En. Mohd Jaini Bin Mohd @ Amat |
Pengetua | Ustaz Mohd Rohan bin Sidek |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Pn. Jamaliah binti Hj Ghazali |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Pn. Rosmazarah binti Sulong |
Penolong Kanan Kokurikulum | Pn. Norazah binti Bari |
Penolong Kanan Pentadbiran Sidang Petang | Pn. Noor Suliza binti Sulaiman |
Faks | 0361871512 |
Laman sesawang | Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu |
Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu mula dibina pada pertengahan tahun 1997 di atas tanah seluas 15.4 hektar dengan anggaran kos sebanyak RM 7 juta. Sekolah ini mempunyai 12 buah bangunan iaitu 3 blok bilik darjah, 1 blok makmal, 1 blok bengkel kemahiran hidup, 1 blok rumah pertanian, 2 blok asrama, kantin, dewan makan, dewan besar dan surau. Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu berstatus sekolah asrama harian yang pertama di daerah Gombak. Asrama ini didiami oleh pelajar-pelajar daripada rancangan khas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu ini mula beroperasi pada 5 Disember 1998. Semua kerja-kerja pentadbirannya dijalankan buat sementara di pejabat Sekolah Kebangsaan Sungai Pusu sehingga 28 Disember 1998. Urusan pendaftaran pelajar-pelajar tingkatan satu bermula pada 21 Disember 1998 hingga 28 Disember 1998. Pada 28 Disember 1998 urusan pentadbiran berpindah ke pejabat baru sekolah ini. Pada Januari 1999, sejumlah 260 orang pelajar tingkatan satu mula belajar di 8 buah kelas di sekolah ini. Seterusnya pada Julai 1999, Sekolah ini telah dipilih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk dijadikan salah sebuah Sekolah Bestari di dalam Projek Rintis Sekolah Bestari.
Tekun, Taat, Taqwa
Tekun dalam konteks kesungguhan mencari ilmu untuk dunia dan akhirat;
Taat dalam konteks kepatuhan kepada Tuhan , ibu bapa, guru dan peraturan sekolah;
Taqwa dalam konteks mengamalkan suruhan Tuhan dengan penuh ikhlas berdasarkan apa yang dipelajari
Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera
Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara
Kami pemimpin terbilang.
Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu akan menyediakan pendidikan untuk dunia dan akhirat.
Melalui pendidikan ini akan melahirkan insan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Melalui usaha murni ini juga dapat melahirkan pelajar-pelajar yang berketerampilan melalui pemupukan dan sokongan padu guru-guru yang profesional.
Warga sekolah ini sentiasa berusaha untuk mencari pengetahuan dan menjadi rakyat yang bertanggungjawab, berbudaya tinggi dan berbudi pekerti mulia.
Diharapkan warga SMKSP juga sentiasa memberi sumbangan kepada keluarga, sekolah, masyarakat dan negara.
Kami Warga SMK Sungai Pusu dengan penuh kesedaran beriltizam untuk:
Lencana SMK Sungai Pusu telah diubahsuai daripada lencana asal yang telah dicipta oleh Mohd Fadli bin Che Arbi dalam satu pertandingan mencipta logo sekolah yang diadakan pada tahun 1999.
SMK Sungai Pusu,
Berwawasan bergerak maju,
Warganya beriltizam,
Capai kecemerlangan,
Tekun, taat dan taqwa,
Motto sekolah kita,
Rajin, cekal, berusaha,
Pastinya kan berjaya,
Tuntut ilmu jangan jemu,
Ikrar setia pada guru,
Harapan ayah ibu,
Ingatilah selalu.
Kelas-kelas yang ada di SMK Sungai Pusu:
Jumlah: 9
Jumlah: 21
Jumlah : 27
Jumlah Keseluruhan: 57
Kokurikulum terbahagi kepada tiga iaitu:
SMK Sungai Pusu mempunyai 7 unit beruniform, iaitu:
SMK Sungai Pusu mempunyai 16 persatuan, iaitu:
Permainan di SMK Sungai Pusu mempunyai sebanyak 10 sukan, iaitu:
Rumah sukan yang terdapat di SMK Sungai Pusu adalah sebanyak 5 rumah, iaitu:
1 | 3 | 2 | 4 | 5 | |
---|---|---|---|---|---|
2013 | Sea | Sukses | Olimpik | Sukma | Sukom |
2014 | Sukses | Sea | Olimpik | Sukom | Sukma |
2015 | Sukses | Sukom | Sea | Sukma | Olimpik |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | |
---|---|---|---|---|---|
2013 | Sukma | Sea | Sukses | Sukom | Olimpik |
2014 | Sukses | Sukma | Sea | Olimpik | Sukom |
2015 | Sukses | Sukma | Olimpik | Sukom | Sea |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | |
---|---|---|---|---|---|
2013 | Sea | Olimpik | Sukses | Sukom | Sukma |
2014 | Sukses | Sukma | Olimpik | Sea | Sukom |
2015 | Sukses | Olimpik | Sea | Sukma | Sukom |
Johan | |
---|---|
2013 | Sukma |
2014 | Sukses |
2015 | Sukses |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.