Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Mahkota
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mahkota atau nama ringkasnya SMK Seri Mahkota, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Km 16, Umbai, Merlimau, Melaka.
Remove ads
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mahkota memiliki 963 orang pelajar lelaki dan 789 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1752 orang. Ia mempunyai seramai 119 orang guru.
Remove ads
Sejarah
Sekolah Menengah Seri Mahkota telah dibuka pada 1973. Ianya diasaskan oleh YB Datuk Abdul Aziz bin Tapa - DSKSJ, AMN, PJK. Pada masa ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Umbai.
Ketika sekolah ini dibuka terdapat dua bangunan sahaja (blok A dan B), yang mana menempatkan sebuah pejabat, 12 buah bilik darjah, 3 makmal sains dan sebuah bilik guru. Selain dari itu, terdapat 3 buah bengkel Seni Perusahaan, sebuah Bilik Sains Rumah Tangga dan sebuah Kantin.
Pada tahun itu jumlah guru adalah seramai 10 orang dengan jumlah murid 226 orang.
Pada tahun 1976 Sekolah Menengah Umbai telah ditukar menjadi Sekolah Seri mahkota. Nama ini dicadangkan oleh Tuan Hj.Mohamad bin Haji.Md.Tain. Guru Penolong Kanan pada masa itu. Pertukaran ini dilakukan sebagai reaksi ekoran daripada rungutan penduduk di sekitar kampung Umbai dan Kampung Pulai, yang mendakwa sekolah ini terletak di kawasan masing-masing. Lokasi sekolah ini sebenarnya terletak di sempadan di Kampung Umbai dan Kampung Pulai. Nama 'Seri Mahkota' dipilih sebagai melambangkan darjah ketinggian ilmu pengetahuan yang di harapkan akan sentiasa berkembang di sekolah ini serta kecemerlangan dalam semua bidang.
Pada masa ini pelajar, guru dan kakitangan sangat beruntung kerana dapat menikmati suasana persekolahan yang indah, lengkap dan kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran tanpa gangguan kebisingan lalu lintas. Kemudahan yang di sediakan adalah seperti 54 buah bilik darjah, 12 buah makmal sains, 3 buah bengkel KH, 1 bilik lukisan, 1 bilik bimbingan dan kaunseling, sebuah perpustakaan dan bilik sumber, 3 bilik ERT, pejabat dan bilik guru, 1 dewan, 1 padang, sebuah astaka, sebuah klinik pergigian dan sebuah bilik K.B.
Jumlah tenaga pengajar =114 orang
Jumlah pelajar =1069 orang
jumlah kakitangan bukan guru =29 orang
Remove ads
Visi
Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.
Misi
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.
Lagu
Maju jaya lambang cita kami
Kata pendorong sakti
Menghadapi cabaran dunia
Satu tekad ke muka
Perintah agama ditaati
Hormat tertib berbudi
Berbakti untuk pertiwi
Menjadi prinsip kami
Harapan ayah dan bonda
Tidakkan dipersia
Doa dan restunya dipinta
Teman ke medan jaya
Sujud diri pada yang Esa
Mohon limpah kurnia
Semangat waja dan berwibawa
Majulah Seri Mahkota
Lencana
Bentuk lencana SMK Seri Mahkota adalah berdasarkan kepada bentuk Gasing Labu iaitu sejenis permainan tradisonal Melayu. Ia menggambarkan dunia yang sentiasa berpusing, berputar dan berubah dari masa ke semasa. Namun ia tetap tidak lari dari paksinya sebagai suatu pegangan dan kehidupan serta dihiasi pula dengan awan suluran.

- Warna hijau gelap dan hijau muda melambangkan kesuburan fizikal dan mental.
- Warna kuning melambangkan kesetiaan kepada raja dan negara.
- Buku merupakan simbol kepentingan ilmu dunia dan akhirat.
- Roda melambangkan kepentingan teknologi.
- Bintang melambangkan kemajuan sains.
- Tiga Bintang melambangkan kepentingan sukan.
Kesemua simbol yang terdapat dalam lencana menggambarkan hasrat dan cita-cita murni SMKSM untuk melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam semua bidang serta pelajar-pelajar yang mampu menghadapi cabaran dan mengisi wawasan diri, keluarga dan negara.
Remove ads
Bendera

Remove ads
Senarai Pengetua
Remove ads
Kejayaan Sekolah
- Johan Kawad Kaki | Perkhemahan Tahunan Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (Darat) Peringkat Kebangsaan 2017 | 22-29/07/2017
- Peserta | Program Kem Aspirasi Kelab 1Malaysia Peringkat Negeri Melaka 2017 | 04-06/08/2017
- 2nd Runner-up | State Finals Young Chef Secondary Schools Cooking Competition | 03/05/2017
- Tempat Ketiga | Majlis Sukan Sekolah Malaysia Kejohanan Sepak Takraw Bawah 15 Tahun
Anugerah Kecemerlangan
2016
Pelajar Terbaik PT3
Pelajar Terbaik SPM
Pelajar Terbaik STPM
Pelajar Cemerlang
FATIN FATIHAH BINTI MOHD YUSOF
Pendidikan Khas
- MUHAMMAD NUR SHAHRAFUDDIN BIN MOHD SAID
- MUHAMMAD ZUHAIRI BIN IBRAHIM
- MUSLIHIN BIN MAT ASRI
- MUHAMMAD HAFIZI HAKIMI BIN LIMAT
- MUHD AZLAN BIN AHMAD
- MUHD AMMAR BIN ABDUL RAHIM
- NAZRUL AFIQ BIN ROSTAM AFFANDY
Anugerah Kokurikulum PIBG
- MUHAMMAD NIZARWAN BIN AB RAZIF
- CAHAYA MUSYTARI BINTI MINHAD
Remove ads
Alumni

Perjumpaan Lepasan Pelajar 1978 - 1982 di Dewan SMK Seri Mahkota
Tokoh Pelajar
Program Sepanjang 2017
- Majlis Orientasi Pelajar Tingkatan 1 - 30/12/2016
- Kempen Ponteng Sifar - 03/01/2017
- Majlis Persaraan : Encik Mohamad, Encik Saleh Lempah, Puan Hajjah Azimah - 06/01/2017
- Merentas Desa - 24/01/2017
- Majlis Lambaian Kasih : Puan Rabiah Ahmad - 03/02/2017
- Program Guru Penyayang - 13/02/2017
- Majlis Sejambak Kasih Setulus Budi : Encik Ishak Hasshim - 15/02/2017
- Majlis Pelantikan, Watikah Pengawas, Pemimpin Muda - 20/02/2017
- Temasya Sukan Tahunan 2017 - 23/02/2017
- Majlis Lambaian Kasih Sanjungan Budi : Persaraan Pengetua Peringkat Negeri - 27/02/2017
- Majlis Lambaian Budi : Encik Mazlan Mahat & Majlis Intai Kasih - 28/02/2017
- Majlis Pelancaran Program Nilam - 10/03/2017
- Mesyuarat Agung PIBG Kali 43 - 08/04/2017
- Persaraan Puan Hajjah Hamilah Senin - 21/04/2017
- Majlis Perpisahan Puan Marlina GKMP Teknik Vokasional ke SMK Pernu - 05/05/2017
- Pertandingan Memasak Sekolah Maggi Peringkat Negeri Melaka - 22/05/2017
- Majlis Persaraan Encik Hasmidan Selamat - 26/05/2017
- Majlis Khatam Al-Quran, Program Seikhlas Hati Setulus Budi - 22/06/2017
- Perkhemahan Badan Beruniform Peringkat Sekolah - 29,30/07/2017
- Hari Kokurikulum - 06/09/2017
- Majlis Penutup Bulan Patriotisme, Bahasa, Teknik dan Vokasional, Sains dan Matematik - 18/09/2017
- Penilaian Kokurikulum - 20/09/2017
- Majlis Bacaan Yaasin dan Solat Hajat - 21/09/2017
Galeri
2017
Panorama SMKSM
Bilik-bilik Khas
- Bilik Munshi
- Bilik Santai
- Bilik STPM
- Perpustakaan Al-hikmah
- Perpustakaan Al-Hikmah
- Bilik Mesyuarat
- Makmal Sains
- Makmal Komputer
Sudut Warisan
- Alatan Keseniaan
- Alatan Kraftangan dan Tradisional
- Alatan Prasejarah - Kerja Kursus Pelajar Tingkatan 1
- Alatan Prasejarah - Kerja Kursus Pelajar Tingkatan 1
Bulan Kemerdekaan
- Pertandingan Pakaian Kebudayaan Kemerdekaan
- Pertandingan Keceriaan Kelas Patriotik
- Pertandingan Nasi Goreng Kebangsaan
- Pertandingan Wau
- Pertandingan Congkak
- Pertandingan Melukis Poster Kemerdekaan
- Pertandingan Explorace
- Persembahan Dikir Barat di Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan
Hari Penilaian Kokurikulum
Bacaan Yaasin dan Solat Hajat
Kempen Keselamatan Kanak-kanak
Lihat Juga
Pautan Luar
Alamat
- Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mahkota
- KM 16, Umbai
- 77300, Merlimau
- Melaka, Malaysia
- Telefon = 06-2619262
- Faks = 06-2617592
- E-mel = mea1072@ppdjasin.edu.my
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads