Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Guntong

From Wikipedia, the free encyclopedia

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Guntong
Remove ads


Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Guntong atau nama ringkasnya SMK Bukit Guntong, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Tepoh, Kuala Terengganu, Malaysia.

Fakta Segera Lokasi, Maklumat ...
Remove ads

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Guntong memiliki 480 pelajar lelaki dan 509 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 989 orang. Ia mempunyai seramai 77 orang guru.2009

Remove ads

Sejarah

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Guntong adalah merupakan sebuah sekolah yang telah dibina dan memulakan operasinya pada tahun 1986. Lokasi sekolah yang agak menarik ini terletak di sebuah bukit berhampiran dengan sebuah kampung yang bernama Kampung Bukit Nangka. SMKBG terletak lebih kurang 19 kilometer dari pusat Bandar Kuala Terengganu. Sekolah ini dibina di atas tapak yang mempunyai ukuran keluasan 8.074 hektar.Sekolah ini mendapat namanya disebabkan sekolah ini berada berhampiran kawasan Bukit Guntong yang sudah terdapat Sekolah Kebangsan Bukit Guntong yang didirikan lebih awal.

SMKBG adalah merupakan sekolah bantuan penuh kerajaan dan di bawah penyeliaan Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini, sejak dibuka pada tahun 1986, hanya mempunyai satu sesi pembelajaran sahaja iaitu pada sesi pagi.Ketika awal pembukaannya, hanya mempunyai seramai 197 orang pelajar sahaja dan dibantu oleh jumlah guru seramai 12 orang sahaja. Hingga kini jumlah pelajar yang menuntut di SMKBG kian bertambah sehingga hampir mencecah lebih 1000 orang pelajar dan bilangan gurunya seramai 64 orang semuanya. Pada 1989, sebuah kelas agama telah diwujudkan dan mempunyai pelajar seramai 32 orang. Setelah melalui pahit getir sebagai sekolah yang baru dibuka, akhirnya sekolah ini dinaikkan tarafnya kepada sekolah harian gred A pada 1.3.1993.

Remove ads

Pencapaian


Alamat

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Guntong
Tepoh, Kuala Terengganu, Malaysia
Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 6096625588
Fax = 6096623903

Rujukan

Loading content...

Pautan luar

Loading content...
Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads