From Wikipedia, the free encyclopedia
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn 2 atau nama ringkasnya SMK Bandar Tun Hussein Onn 2, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Persiaran Suadamai, Bandar Tun Hussein Onn.
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn 2 | |
---|---|
Lokasi | |
Malaysia Persiaran Suadamai, Bandar Tun Hussein Onn, CHERAS, Selangor Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | Berdisiplin Berilmu Berwawasan |
Nombor sekolah | 390766753 |
Kod sekolah | BEA4630[1] |
Pengetua | Puan Hajah Zainap Binti Hj Sidek |
GPK Pentadbiran dan Akademik | En Md Yusup Bin Hamid |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Puan Noor Zehan Binti Ahmad |
Penolong Kanan Kokurikulum | En On Bin Arasad |
Faks | 390763467 |
Laman sesawang | Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn 2 |
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn 2 memiliki 1258 pelajar lelaki dan 1195 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 2453 orang. Ia mempunyai seramai 144 orang guru.
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn 2 beroperasi penuh pada 2 Januari 2004. Pembinaan sekolah ini meliputi seluas 13.75 ekar dan mempunyai 4 blok bangunan sekolah.
SMK Bandar Tun Hussein Onn ditubuhkan pada Disember 2003 dan memulakan sesi pertama pada 1 Januari 2004. Pengetua pertama adalah Datin Azmah Abd Aziz. Beliau berkhidmat bermula Januari 2004 dan tamat perkidmatan pada Disember 2007 (bersara).
Sekolah ini terdiri daripada empat blok bangunan tiga tingkat. Sekolah ini mempunyai sesi berganda; sesi pagi bermula dari jam 7.20 pagi dan berakhir pada 1.05 petang. Sesi petang, yang bermula pada tahun 2006, bermula pukul 1.05 malam hingga 6.45 petang.
Pada tahun 2009, dua blok bangunan baru telah siap.
Majoriti pelajar berasal dari SK Bandar Tun Hussein Onn, SK Bandar Tun Hussein Onn 2, SK Alam Damai, SK Desa Baiduri, SK Cheras Jaya 1 dan SK Batu Sembilan.
Beriltizam melahirkan pelajar yang berdaya maju, berfikiran kreatif, berakhlak mulia dan berketrampilan dalam masyarakat berilmu.
Melahirkan pelajar yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejathera yang sesuai dengan falsafah pendidikan negara.
Sekolahku yang tercinta
Menjana ilmu dan wawasan
Ku usaha hingga berjaya
Mengejar cita mulia
Sekolahku yang tercinta
Kami semua berjanji
Memperkasakan sekolah
Jadi kebanggaan kita
Berilmu dan berwawasan
Akhlak mulia iltizam
Menjadi warga bestari
Penjana globalisasi
Bersama meningkatkan
Cemerlang sekolah kita
Bersatu bergangdingan
Menuju persada bangsa
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.