sekolah menengah agama swasta di Perlis From Wikipedia, the free encyclopedia
Sekolah Menengah Agama Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah atau nama ringkasnya AL-MAAD (المعاد), merupakan sebuah sekolah menengah agama yang terletak di Depan Poliklinik Arau, Jalan Syed Sirajuddin.
Sekolah Menengah Agama Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah المدرسة العلوية الدينية | |
---|---|
Lokasi | |
Depan Poliklinik Arau, Jalan Syed Sirajuddin, 02600, Arau, Perlis Indera Kayangan Malaysia | |
Maklumat | |
Nama lama | Sekolah Menengah Alawiyah Arau, Madrasah Alawiyah |
Jenis sekolah | Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). |
Moto | بايدينا نبني المعاد (Dengan tangan-tangan ini kami membina Al Maad.) |
Afiliasi agama | Islam |
Ditubuhkan | 1930 |
Autoriti pendidikan | Jabatan Pendidikan Negeri Perlis |
Nombor sekolah | 04-986 1350 |
Kod sekolah | RFT0002 |
Pengetua | En. Idris Bin Ahmad |
Tenaga pengajar | 59 Guru |
Jantina | Lelaki & Perempuan |
Jumlah penuntut | 544 Pelajar |
Penuntut tingkatan enam | Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) |
Kelas | 22 Kelas |
Kelas ditawarkan | Aliran Dini STEM, Dini Sastera & Dini Tulen |
Bahasa pengantar | Bahasa Melayu & Bahasa Arab |
Bahasa | Bahasa Melayu, Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris |
Warna | Warna kuning melambangkan warna diraja bagi Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis sebagai pemerintah negeri Perlis.
Warna biru melambangkan warga sekolah seperti guru, staff dan pelajar. Warna kuning dan biru melambangkan bendera negeri Perlis. Warna hijau melambangkan agama Islam. |
Slogan | Biaidina Nabnil Al Maad |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Pn. Faridah Binti Othman |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | En. Mohammad Nasser Bin Seman |
Penolong Kanan Kokurikulum | En. Mohd Subri Bin Abu Bakar |
Faks | 04-986 1350 |
Laman sesawang | Emel - rft0002@moe.edu.my Facebook - fb.com/smaalmaad |
Pada 2021, Sekolah Menengah Agama Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah memiliki 544 pelajar, 52 orang guru dan 15 staf. Sekolah ini telah diwujudkan sebelum zaman merdeka lagi dan dikenali sebagai Sekolah Menengah Alawiyah Arau. Sekolah ini merupakan sekolah agama yang mempunyai pelajar lelaki & perempuan. Sekolah ini juga merupakan salah sebuah sekolah menengah agama yang cemerlang di Perlis selain Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Arau.
Visi
Menjadikan SMA Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah sebagai penjana generasi muslim cemerlang.
Misi
Membangunkan potensi murid secara menyeluruh berteraskan Al Quran dan As Sunnah bagi melahirkan ilmuan muslim.
Moto
بايدينا نبني المعاد
'Biaidina Nabnil Maad'
Dengan tangan-tangan ini kami membina Al Maad.
Lencana sekolah[1] ini mempunyai maksudnya yang tersendiri iaitu :-
Sekolah Menengah Agama Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah atau singkatannya SMA AL-MAAD, terletak di Bandar Diraja, Arau, Perlis Indera Kayangan dengan jarak dari Istana Arau 300 meter sahaja dan jarak dari Masjid Negeri 320 meter sahaja. Pada tahun 1940 bangunan sekolah ini menjadi salah satu tempat kem tentera Jepun bagi pemerintahan Jepun di Perlis ketika dulu.
Kronologi Sejarah Al Maad :
1930 - Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah ditubuhkan dengan menggunakan dana Zakat Negeri Perlis bertempat di bangunan sementara iaitu di sebuah rumah di Jalan Pauh, Arau, kemudian berpindah ke rumah Allahyarham penghulu Arau ketika itu di alamat No, 2 Jalan Besar Arau .
1936 - Pembinaan bangunan pertama Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah setelah diperintahkan oleh Almarhum Raja Syed Alwi di tapaknya kini.
1940 - Sekolah ditutup setelah dijadikan kem petempatan tentera Jepun.
1951 - Dibuka semula dan diambil warganegara Mesir sebagai pengetua.
1976 - Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah diambil oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (Lelaki)
1989 - Yayasan Islam Perlis (YIPs) telah mengambil alih pengurusan dan pentadbiran Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah.
2006 - Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah telah diambil alih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah status Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)
Bahawasanya kami SMA Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah, Arau dengan penuh tekad dan iltizam berikrar akan melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kami dengan:-
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.