From Wikipedia, the free encyclopedia
Sejarah penerbangan menjangkau lebih dari dua ribu tahun, daripada percubaan-percubaan terawal dengan layang-layang dan peluncur hinggalah ke era "penerbangan lebih berat daripada udara", penerbangan supersonik, dan penerbangan hipersonik.
Objek terbang buatan manusia pertama ialah layang-layang.[1]
Catatan penerbangan layang-layang pertama adalah sekitar 200 SM di China, apabila seorang jeneral menerbangkan layang-layang untuk meninjau kawasan musuh bagi mengira panjang terowong yang diperlukan untuk memasuki wilayah tersebut.[2]
Pada tahun 559, Yuan Huang Tou (Hanzi: 元黄头), anak lelaki kepada Raja Utara Wei (Hanzi: 北魏 ; dibaca: Bei Wei ; sekarang sebahagian dalam China) ke-14 Yuan Lang (Hanzi: 元朗 ; lahir: 513 ; mati: 532), melarikan diri daripada tentera Negara Utara Qi (Hanzi: 北齐 ; dibaca: Bei Qi) yang telah menghapuskan Negara Utara Wei pada tahun 550.[3]
Yuan Huang Tou telah menambat dirinya kepada satu layang-layang yang sangat besar dan menjadi manusia pertama yang berjaya terbang di atas langit dalam sejarah penerbangan manusia. Walau bagaimanapun, dia telah ditangkap kemudian selepas angin berhenti oleh askar musuh yang mengejarnya dan pada akhirnya kebuluran sehingga mati di dalam penjara.[4]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.