From Wikipedia, the free encyclopedia
Satelight Inc. (株式会社サテライト , Kabushiki-gaisha Sateraito) adalah sebuah syarikat studio animasi di Jepun yang bertindak sebagai bahagian pengendali pachinko, Kumpulan Sankyo.
Jenis/bentuk sah | Syarikat perniagaan |
---|---|
Industri | Studio animasi dan syarikat pengeluaran |
Ditubuhkan | Disember 1995 di Sapporo, Hokkaidō |
Ibu pejabat | Suginami, Tokyo, Japan |
Tokoh penting | Michiaki Satō (Pengarah) Shōji Kawamori (Pengarah Eksekutif)[1] |
Syarikat induk | Sankyo Group |
Tapak web | Laman rasmi Satelight |
sunting · sunting di Wikidata |
Studio ini ditubuhkan pada Disember 1995, di Sapporo, Hokkaidō, projek pertama mereka iaitu Bit the Cupid, adalah sebuah siri animasi berkomputer yang pertama di dunia.[2] Nama Satelight mempunyai maksud yang tersendiri, S untuk Sapporo, A untuk Animate, T untuk Technology and E untuk Entertainment. Pengarah syarikat ini ialah Michiaki Satō. Pengarah dan pencipta anime yang dikagumi Shōji Kawamori ialah pengarah eksekutif bagi studio ini.[1]
Pada tahun 1996, projek seterusnya bagi studio ini adalah animasi janaan komputer (atau CG animation) untuk Īhatōbu Gensō: Kenji no Haru dengan kerjasama Kumpulan TAC. Tidak lama kemudian ia ditubuhkan sebagai studio pengeluaran pada tahun 1998 di Suginami, Tokyo. Studio ini menerbitkan siri televisyen prtamanya, Earth Maiden Arjuna oleh Kawamori pada tahun 2001. Pada tahun 2006, lokasi ibu pejabat studio ini berubah dari Sapporo ke Tokyo.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.