From Wikipedia, the free encyclopedia
Santo Laurentius atau Laurensius (bahasa Inggeris: Lawrence atau Laurence; 31 Disember 225[1] – 10 Ogos 258) ialah salah seorang daripada tujuh diakon pertama mengendalikan katedral kota Rom di bawah pimpinan Paus Sixtus II. Beliau terkorban membela agamanya akibat diseksa semasa pemerintahan Maharaja Valerianus pada tahun 258.
Laurentius Laurensius | |
---|---|
Lahir | 31 Disember 225 M[1] Valencia[2] atau juga Osca, Hispania |
Meninggal | Ogos 10, 258 Roma |
Dihormati oleh | Gereja Katolik Rom, Gereja Ortodoks, Anglikan, Gereja Lutheran |
Tempat keramat | Basilica di San Lorenzo fuori le Mura di Roma |
Hari perayaan | 10 Ogos |
Atribut | Biasa memegang gridiron dan mengenakan dalmatik |
Naungan | Roma, Birgu (Malta), Huesca (Sepanyol), San Lawrenz (Gozo), Kanada, Sri Lanka, pelawak, pustakawan, pelajar, penyamak, tukang masak |
sunting |
Nama beliau bermaksud "dimahkotakan daun dafnah" (laurus).
Laurentius bertanggungjawab dalam jawatannya menjaga harta Gereja untuk diagihkan sebagai sedekah kepada orang miskin.[3] Menurut Ambrosio dari Milan, harta tersebut dituntut pegawai Rom lalu Laurentius membawa orang-orang miskin yang menerima harta gereja diagihkan sebagai sedekah[4] sambil berkata "lihatlah pada orang-orang miskin ini harta yang telah saya janjikan menunjukkan kepadamu; yang kepadanya aku akan menambahkan mutiara dan batu permata, janda-janda dan gadis-gadis dara yang diamanahkan Gereja".[5] Pengawas itu sangat marah tercabar sehingga dia mengarahkan penahanan dan penyeksaan Laurentius pada suatu kekisi besi yang dipanaskan arang panas di bawahnya untuk dibakar badannya seakan daging dipanggang. Laurentius diceritakan riang berseloroh mengejek pegawai tersebut menyatakan : "Badanku dah masak belah sini, terbalikkan sebelah lainnya!"[3][6]
Laurentius kemudiannya dipenjarakan di Fonte sebelum dipindahkan ke Via Panisperna di mana beliau meninggal di sana; mayat beliau dikebumikan di San Lorenzo fuori le Mura . Almanak Filocalus 354 menyatakan bahawa dia telah dikebumikan di katakomba Cyriaca di Via Tiburtina[4] oleh dua orang penatua bernama Hippolytus dan Justinius.
Beliau ialah santo penaung para pustakawan, penjaga arkib, pelawak, tukang masak, penyamak kulit serta pelombong[7] diraikan aliran-aliran gereja Katolik dan Anglikan. Hari perayaan santo ini jatuh pada tanggal 10 Ogos.[8][9]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.