Samurai 7

From Wikipedia, the free encyclopedia

Samurai 7 ialah siri anime dari Jepun yang dihasilkan oleh GONZO dan diadaptasi daripada filem klasik tahun 1954 arahan Akira Kurosawa, Seven Samurai. Terdapat 26 episod kesemuanya, setiap satunya memakan kos sebanyak ¥32,500,000 (AS$300,000) untuk dihasilkan. Siri anime ini pernah disiarkan di Jepun melalui saluran satelit berbayar Animax dan di Malaysia menerusi saluran TV3.

Fakta Segera Genre, Pengarah ...
Samurai 7
Fail:Samurai7.png
Tujuh orang samurai yang diupah
GenrePengembaraan
Fantasi
Steampunk
Anime
PengarahToshifumi Takizawa
StudioGONZO
Penyiaran Asal Animax
Animax
IFC, Animania HD
Razer

Arts Central

TV3
TVB Jade
AXN
GXT
Arutz Hayeladim
GMA Network
Animax
Global TV
Dikeluarkan pada12 Jun 200425 Disember 2004
Portal Anime dan Manga
Tutup

Plot

Templat:Spoiler Samurai 7 mengisahkan cerita sebuah kampung padi bernama Kanna. Setiap tahun ketika musim menuai sekumpulan samseng tiba untuk menyamun hampir semua hasil beras tuaian penduduk-penduduk kampung. Bukan sahaja begitu, malah samseng-samseng itu makin tamak dengan menculik wanita dan kanak-kanak daripada kampung itu.

Penghulu Kampung Kanna memutuskan bahawa untuk melindungi desa mereka perlu mengupah samurai untuk melawan samseng-samseng itu. Bagaimanapun, penduduk-penduduk kampung itu ketandusan wang maka mereka perlu mencari samurai yang sanggup mempertahankan kampung mereka dengan beras sebagai upahnya. Tiga orang penduduk kampung itu keluar dari tempat tinggal mereka untuk cuba mengupah samurai. Mereka tiba di kota untuk mencari mana-mana samurai yang sanggup berkhidmat untuk mereka, dan setelah mencari beberapa samurai dan mengalami beberapa pertembungan dengan kerajaan tempatan mereka pulang ke Kampung Kanna untuk bersedia berlawan dengan penyamun-penyamun itu.

Para samurai yang diupah itu melatih para penduduk kampung untuk menggunakan panah, membina tembok, dan menidirikan ballista gergasi untuk memeprtahankan kampung daripada ancaman samseng. Setelah berjaya menewaskan samseng tersebut, para samurai kemudiannya melancarkan serangan terhadap ibu kota untuk menjatuhkan seorang pemimpin yang tamakkan kuasa yang baru naik takhta. Setelah samurai-samurai itu banyak terkorban, dan kampung Kanna hampir musnah, ibu kota akhirnya ditumbangkan. Templat:Endspoiler

Lagu tema

  • Pembuka: "Unlimited" oleh Nanase Aikawa
  • Penutup: "Fuhen" oleh Rin'

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.