From Wikipedia, the free encyclopedia
Salina ialah sebuah filem seram misteri Malaysia 2021 arahan Raja Mukhriz dengan skrip oleh Ellyna Ahmad. Dibintangi oleh Mona Allen, Dewi Amanda, Alicia Amin dan Pekin Ibrahim, ia berkisarkan tentang seorang wanita penyayang dan menyimpan banyak rahsia tentang konflik kehidupannya sehingga terungkai misteri di sebalik kisah yang berlaku di antara mereka.[1] Filem ini pada asalnya ditayangkan pada Julai 2020, namun ditunda kepada 5 November. Bagaimanapun, ia ditayangkan secara rasmi pada 25 Mac 2021.[2]
Salina | |
---|---|
Pengarah | Raja Mukhriz |
Penulis | Ellyna Ahmad |
Dihasilkan oleh | Shafirulnizam Haron |
Dibintangi |
|
Syarikat penerbitan | Madness Films |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 101 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Penggambaran filem ini dijalankan pada 2019. Kos pembikinan filem ini mencecah RM1 juta.[2]
Salina dikeluarkan pada 25 Mac 2021 dan menjadi filem Melayu pertama ditayangkan selepas pawagam dibuka.[4] Ia sebelum ini telah ditunda tayangan sebanyak dua kali, antara Julai dan November 2020.[5] Majlis pratonton filem ini diadakan di MM2 Cineplex, eCurve, Petaling, Selangor.[2]
Mohd Haikal Isa dari Kosmo! menulis: "Sebuah filem seram yang baik akan berjaya membuatkan emosi penonton ‘terbawa’ dengan apa yang dipancarkan di layar panggung. Jika entiti seram yang dicernakan terasa seperti berada sama ada di kiri, kanan, depan atau belakang kita sewaktu menonton, itu petanda yang baik. Sayangnya, Salina seperti tidak konsisten dalam aspek tersebut".[6]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.