From Wikipedia, the free encyclopedia
Saka ialah sebuah siri televisyen seram Malaysia yang disiarkan di slot Seram (Khamis, 9.30 malam) TV3, dibintangi oleh Dato’ Rahim Razali, Zizan Nin dan Juliana Ibrahim.
Saka | |
---|---|
Pengarah | Ismail Yaacob |
Dibintangi oleh | Dato’ Rahim Razali Zizan Nin Juliana Ibrahim |
Negara asal | Malaysia |
Bilangan episod | 26 |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 (Slot Seram) |
Siaran asal | 24 Januari 2008 – 17 Julai 2008 |
Kronologi | |
Mengikuti | Anak Pontianak |
Diikuti oleh | Kekasihku Seru |
Saka merupakan satu kisah bagaimana sebuah kumpulan yang berusaha dalam merongkai masalah-masalah mistik yang wujud di kalangan masyarakat. Setiap episod akan memaparkan satu misteri berdasarkan kisah benar yang berlaku, contohnya bagaimana sekumpulan pengikut ajaran sesat menyembah busut semata-mata untuk mendapatkan nombor ekor, dan kumpulan ini akan berusaha untuk menghapuskan amalan-amalan khurafat seperti ini.
Isma memiliki suatu keupayaan istimewa yang digunakannya sejak kecil lagi, iaitu kuasa yang menjadikannya seorang yang bersikap ingin tahu tetapi selalu kemuraman. Hidup Isma berubah setelah dia berjumpa dengan Pak Din yang mengajarnya cara mengawal kuasa luar biasanya itu agar dapat membantu Pak Din dan anak-anak buahnya Daniel dan Zack dalam tugas-tugasan menyiasat alam ghaib.
Penggambaran siri TV Saka dijalankan di sekitar negeri Selangor dan Palembang, Indonesia, mulai akhir Disember 2007[1] hingga siap pada awal tahun 2008, ketika episod-episod terawalnya sempat disiarkan di TV. Menurut pengarahnya, Ismail Yaacob, adalah menjadi tanggungjawabnya untuk membentuk pemikiran penonton dalam melihat dan menonton karya-karya berdasarkan kisah misteri dan mistik samada di layar perak atau di televisyen. Ujarnya, "Saya tidak mahu memaparkan karya yang membuatkan orang lebih takutkan hantu dari takutkan tuhan."[2]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.