Sa'amah
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Sa'amah Artian atau juga dieja sebagai Saamah dan dikenali dengan panggilan Ibu Saamah (1916 – 20 Disember 1974) merupakan salah seorang pelakon filem Melayu tahun 1940-an dan 1950-an.
Remove ads
Kehidupan awal
Sa'amah dilahirkan pada 1916 dan berasal dari Medan. Beliau berhijrah ke Singapura pada 1938 bersama rombongan bolero dalam Kumpulan Pagoda sebelum memulakan penglibatan dalam bidang perfileman pada 1948.
Kerjaya
Sa'amah terlibat dengan wayang bangsawan pada usia muda dan kemudiannya menjadi pelakon filem di Malay Film Productions (MFP) di Singapura. Beliau merupakan seorang pelakon terkenal di studio Malay Film Production Ltd dan antara lakonan yang paling diingati ialah filem Bujang Lapok (1957) apabila memegang watak sebagai ibu kepada seniman Allahyarhamah S. Shamsuddin. Beliau telah berlakon dalam lebih 100 buah filem dan filem terakhir beliau ialah Sial Wanita yang diterbitkan oleh Studio Cathay Keris pada tahun 1969.
Remove ads
Kehidupan peribadi
Sa'amah pernah berkahwin dengan Rahmat Ali yang merupakan seorang peniup trompet dan pemuzik profesional Singapura, dan mempunyai zuriat iaitu antaranya Abdul Rahman dan Rahmah. Saamah mempunyai 10 orang anak.
Kematian
Beliau meninggal dunia di tanah suci Makkah, Arab Saudi akibat serangan semput pada 20 Disember 1974 lebih kurang jam 3.30 pagi ketika dalam ibadah Haji. Beliau turut dikebumikan di sana.
Filemografi
Di antara filem-filem lakonan Sa'amah termasuk,
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads

