From Wikipedia, the free encyclopedia
Filem Lubalang Daik merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 1962. Filem Lubalang Daik diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.
Lubalang Daik | |
---|---|
Pengarah | Jamil Sulong |
Dihasilkan oleh | Vee Meng Shaw |
Dibintangi | Jins Shamsuddin S. Kadarisman Normadiah Rosnani Jamil |
Sinematografi | A. Bakar Ali Mustafa Yassin |
Disunting oleh | H. R. Narayana Hayat Harris |
Muzik oleh | Osman Ahmad |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Shaw Brothers |
Tarikh tayangan | 1962 |
Masa tayangan | 100 minit |
Negara | Singapura & Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Filem Lubalang Daik mula ditayangkan pada 1962 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Aziz Jaafar, Jins Shamsuddin, S. Kadarisman, Sarimah Ahmad, Rosnani Jamil, Normadiah dan ramai lagi.
Filem Lubalang Daik diarah oleh pengarah Dato' Haji Jamil Sulong pada tahun 1962.
Mengisahkan tentang Lubalang (Aziz Jaafar) yang menjadi anak yatim selepas ibunya, Datin Wan Kembang (Normadiah) meninggal dunia di dalam sebuah gua akibat dibelit ular sawa. Semasa kejadian, Singkip telah mendengar suara perempuan menjerit kesakitan iatu suara Datin Wan Kembang. Walapun ular tersebut berjaya dibunuh oleh Singkip tetapi Datin Wan Kembang akhirnya meninggal dunia. Sebelum meninggal dunia, datin sempat berpesan kepada Singkip supaya membela dan membesarkan anaknya Lubalang dengan hartanya yg di bawa bersama semasa diusir keluar dari istana oleh Datuk Demang. Pada mulanya Singkip hendak membunuh sahaja Lubalang kerana ayah Lubalang yg merampas tunangnya tetapi Singkip tak sampai hati nak melakukanny. Lubalang kemudian dijaga oleh Singkip (Jins Shamsuddin) dari kecil hinggalah dewasa. Beberapa tahun kemudian, Singkip berkahwin dan mendapat seorang anak perempuan. Mereka 4 beranak telah pergi ke negeri Daik untuk membalas dendam dan menuntut keadilan. Di sana mereka telah menukar nama dari Singkip kepada Dabok dan Lubalang kepada Daik. Mengikut cerita asal usulnya, Lubalang merupakan anakanda sulung Datuk Demang (S. Kadarisman). Selepas Demang mengahwini isteri keduanya (lakonan Rosnani Jamil), Datin Wan Kembang telah diusir oleh suaminya. Singkip pula menjadi tempang akibat bergelut dengan Demang yang merampas tunangnya untuk dijadikan isterinya yang kedua. Demang mempunyai dua orang lagi cahaya mata iaitu Japri (A. Rahim) dan Kuntum (Suraya Haron). Suatu hari, Japri telah mengganggu Endah (Sarimah) ketika sedang mandi di sungai. Demi menjaga kesucian adiknya, Daik telah memukul Japri sehingga dia mengalami kecederaan. Tok Demang memerintahkan agar Daik dijadikan orang suruhan di dalam rumah Tok Demang dengan serta merta.
Tok Demang mulai berasa resah dengan tindak tanduk Japri yang sering membuat kacau terhadap orang kampung dan juga para pedagang terutamanya anak-anak gadis. Dia mulai teringatkan akan seorang lagi anaknya iaitu Lubalang adakah dia masih hidup ataupun telah mati kerana mereka telah terpisah lebih kurang 20 tahun. Japri semakin hari semakin tidak keruan kerana Endah tidak lagi keluar dari rumah selepas peristiwa malang tersebut. Dengan itu, mereka merancang untuk memperdayakan Dabok untuk memudahkan mereka menceroboh masuk dan menculik Endah. Sementara itu, Dabok pula diselamatkan oleh Gading. Dia terus menyelinap masuk ke rumah Tok Demang lalu menculik Kuntum untuk dijadikan tebusan. Dabok ada meninggalkan sepucuk surat mengenai penculikan itu. Tok Demang yang berang terus mencari Japri dan rakan-rakannya di rumah Dabok. Ketika itulah, dia melihat akan tingkah laku Japri yang ingin memperkosa Endah.
Para pengawal Demang ada mengatakan yang Dabok ada berjumpa dengan Daik terlebih dahulu sebelum menculik Kuntum. Tok Demang yang tidak membuat usul periksa terus berjumpa dengan Daik dan menanyakan mengenai dakwaan tersebut. Namun Daik menyangkal semua dakwaan tersebut. Sebelum Tok Demang menyiksa Daik menggunakan tali cemeti. Baharu ketika itulah, dia ternampak akan kalung emas yang dipakai oleh Daik. Daik mula menceritakan peristiwa asal-usulnya dari kecil hinggalah dewasa. Namun tidak dipercayai oleh Tok Demang. Tetapi setelah dijelaskan oleh isteri Dabok (lakonan Zainon Fiji) yang meyakinkan bahawa Dabok adalah Singkip dan Daik adalah Lubalang, ketika itulah Tok Demang mulai percaya akan kebenarannya. Dek kerana tiada jalan penyelesaian, Tok Demang menjatuhkan hukuman sebat kepada Endah, Daik dan ibunya keesokkan hari selepas waktu tengahari. Sebelum hukuman dijatuhkan, Kuntum dan Dabok pula tiba di balai perhimpunan. Kuntum masih tidak diapa-apakan sedangkan keluarga Dabok telah dicederakan. Dabok sempat menjelaskan yang Daik adalah Lubalang dan masih menyimpan harta peninggalan Datin Wan Kembang sehingga kini. Tok Demang mulai tersedar akan kesilapan silamnya dan terus melantik Lubalang menjadi Demang yang baharu bagi orang-orang Daik selepas itu. Japri yang berang dengan pengumuman itu terus mencampakkan tombak ke arah ayahnya sehingga Tok Demang disahkan terkorban. Lubalang yang secara rasminya menjadi Demang terus bergelut dengan Japri dan membunuhnya. Singkip berasa senang hati kerana dendamnya untuk menuntut keadilan terhadap Demang tercapai jua.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.