From Wikipedia, the free encyclopedia
SM Nasarudin SM Nasimuddin (lahir 9 Ogos 1983) merupakan usahawan dan ahli perniagaan Malaysia. Beliau memegang jawatan sebagai Pengerusi Bersama Kumpulan Naza[1] dan bekas Presiden Majlis Paralimpik Malaysia.
SM Nasarudin | |
---|---|
Kelahiran | SM Nasarudin bin SM Nasimuddin 9 Ogos 1983 |
Pekerjaan | Ahli perniagaan, usahawan, Pengerusi Bersama Kumpulan Naza |
Pasangan | Marion Caunter (berkahwin 2010) |
Anak-anak | 3 |
Ibu bapa | SM Nasimuddin SM Amin (bapa) Zaleha Ismail (ibu) |
Saudara | SM Faisal (abang) SM Faliq (adik) Nur Diana (kakak) Nur Nadia (adik) |
Keluarga | SM Sharifuddin SM Amin (bapa saudara) SM Salahuddin SM Amin (bapa saudara) SM Zulkifli SM Amin (bapa saudara) SM Zulkhalis SM Zulkifli (sepupu) |
Selepas menamatkan pengajian dalam bidang Ekonomi Perniagaan dari Universiti California Selatan di Amerika Syarikat, beliau menyertai Naza Kia Sdn Bhd sebagai pelatih pengurusan pada tahun 2005.
Pada tahun 2006, beliau telah dilantik sebagai ketua operasi Naza Corporation Sdn Bhd dan mengambil alih jawatan CEO di tiga syarikat Naza tahun ini - Nasim Sdn Bhd (francais Peugeot), Naza Corporation Sdn Bhd, dan NZ Diners Sdn Bhd (perniagaan makanan, Bubba Gump Shrimp).
Beliau dilantik sebagai Pengerusi dan CEO Naza berkuatkuasa 16 Mei 2008 bagi menggantikan bapanya, SM Nasimuddin SM Amin yang meninggal dunia pada 1 Mei 2008. Pelantikan ini dibuat bagi memenuhi hasrat SM Nasimuddin.[2]
Beliau juga memegang jawatan sebagai Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM).[3]
SM Nasarudin lahir dan membesar di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Pada 17 Disember 2010, beliau diijabkabulkan sebagai suami kepada personaliti TV, Marion Caunter.[4] Nasarudin dan Marion dikurniakan tiga anak.[5]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.