pasukan bantuan penyelamatan bencana khas Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia atau SMART (Special Malaysia Disaster Assistance and Rescue Team) merupakan sebuah pasukan khas mencari dan menyelamat yang ditubuhkan di bawah Majlis Keselamatan Negara Malaysia yang berdasarkan kelulusan Jemaah Menteri pada 18 Mei 1994.
Special Malaysia Disaster Assistance and Rescue Team | |
---|---|
Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia | |
Ditubuhkan pada | 18 Mei 1994 |
Negara | Malaysia |
Cawangan | |
Jenis | Bantuan Penyelamat Bencana Berat |
Peranan | Bantuan mencari dan menyelamat bencana secara tempatan dan antarabangsa |
Saiz | 134 orang (September 2019) |
Sebahagian daripada | |
Pangkalan | Pulau Meranti, Puchong, Selangor |
Warna |
|
Komander | |
Komander | Supt Abd Rahim Bin Abd Aziz |
Susulan tragedi keruntuhan pangsapuri Highland Towers, Ulu Kelang pada 11 Disember 1993, Jawatankuasa Kabinet yang bersidang 21 Disember 1993 telah meluluskan penubuhan Pasukan SMART di bawah pengurusan Pejabat Majlis Keselamatan Negara, dengan menggunakan model pasukan serupa di Jepun.[1][2] Pasukan SMART ini dianggotai oleh pegawai dan anggota daripada jabatan kerajaan yang berkaitan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Pada Mei 2015, SMART mengusulkan permohonan bagi kelulusan Kumpulan Penasihat Mencari dan Menyelamat Antarabangsa (INSARAG) kelolaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[3] Kelulusan diperoleh pada 5 Jun, menjadikan SMART sebagai gerakan bantuan kedua di Asia Tenggara untuk memperoleh kelulusan ini selepas Singapura.[4] Pada 11 April 2019, SMART dipilih sebagai mentor kepada pasukan penyelamat Brunei sehingga mereka mendapat pengiktirafan INSARAG.[5]
Latihan yang dilakukan termasuk:[perlu rujukan]
Calon-calon yang telah melepasi ujian-ujian diatas akan ditemuduga seterusnya akan melalui tapisan yang ketat sebelum layak untuk mengikuti latihan asas pasukan SMART yang dipanggil "Kursus Khas SMART" selama 7 minggu. Dalam kursus, khas para pelatih akan diberikan latihan yang agak keras dan tidak mengira masa. Modul-modul yang diajar termasuk modul perubatan, HAZMAT dan aneka gaya menyelamat. Di samping itu, para pelatih juga wajib menjalani latihan fizikal setiap hari serta ujian berpasukan dan individu seperti merempuh halangan. Ujian IPPT juga turut dijalankan setiap hari jumaat sepanjang kursus dijalankan manakala ujian akhir pelatih diuji dengan larian angkutan.
Di antara misi-misi yang pernah disertai termasuklah:
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.