From Wikipedia, the free encyclopedia
Syed Hamid Syed Ahmad Abdullah Alkaff atau lebih dikenali sebagai S. Hamid (11 Januari 1933 – 6 Februari 2015) merupakan seorang penyanyi Melayu era 50-an, 60-an dan 70-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di Radio Malaya (kini Radio Televisyen Malaysia) dan kemudiannya merupakan seorang dan tokoh agama yang dihormati di Singapura. Nama penuh beliau ialah Syed Hamid Syed Ahmad Abdullah Alkaff. S. Hamid adalah biduan pertama yang menjadi pasangan duet Saloma (Salmah binti Ismail) dalam rakaman piring hitam. Lagu nyanyian mereka Jika Tak Berjumpa adalah saduran lagu Arab dengan lirik tulisan Wanchu. Rakaman dibuat pada akhir 1954 dan diedarkan bersama lagu "Pandang Kaseh" nyanyian Salmah Ismail. Orkes pengiring: Al Aishu Wal Meleh pimpinan S. Omar Bagushir.
S. Hamid | |
---|---|
Kelahiran | Syed Hamid bin Syed Ahmad Abdullah Alkaff 11 Januari 1933 |
Meninggal dunia | 6 Februari 2015 82) | (umur
Sebab kematian | komplikasi dari penyakit diabetis |
Dikebumikan | Singapura |
Warganegara | Singapura |
Nama lain | S. Hamid |
Pekerjaan | penyanyi, tokoh agama |
Anak-anak | 8 |
Antara lagu-lagu terkenalnya termasuk ‘Cenderawasih’, ‘Laila’ dan ‘Kasih Ibu’. Lagu ‘Cenderawasih’ nyanyian beliau kemudian dinyanyikan ramai penyanyi lain seperti A. Halim dan Jamal Abdillah. Sebagai pelakon filem, beliau pernah berlakon di samping P. Ramlee dalam filem Putus Harapan, Bakti'’, serta beberapa buah filem Cathay Keris.
Selain menyanyi beliau pernah berlakun dalam beberapa filem, bertugas sebagai askar dalam angkatan bersenjata Republik Singapura, seorang guru agama dan dalam sebuah syarikat yang mengurus jamaah haji dan umrah dari Singapura. S. Hamid meninggal dunia pada 6 Februari 2015 berikutan komplikasi dari diabetis.
Beliau juga pernah menjadi imam dan khatib bagi Masjid Hang Jebat selama 35 tahun, selain bergiat aktif sebagai pendakwah di Masjid Darussalam dan Masjid Hang Jebat. Beliau sering dijemput menyampaikan ceramah di Malaysia dan Indonesia dan juga sebagai pembimbing haji dan umrah terkenal.
Beliau meninggal di Singapura pada 6 Februari 2015.[1] Jenazah Allahyarham Ustaz Syed Hamid selamat dikebumikan, selepas disolatkan di Masjid Sultan tengah hari selepas waktu Zohor. Solat jenazahnya turut dihadiri oleh Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam (Singapura), Dr Yaacob Ibrahim yang menyatakan.
Allahyarham meninggalkan lapan anak, 12 cucu dan beberapa orang cicit. Kedua-dua isteri Allahyarham sudah meninggal dunia.
Antara lagu-lagu yang dipopularkan oleh S. Hamid :
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.