Rozali Ismail
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Tan Sri Rozali Ismail (lahir 17 Februari 1957) adalah ahli seorang perniagaan dan berbangsa Melayu. Beliau pernah memegang jawatan pengerusi eksekutif syarikat konsesi air, Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dan juga presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor (DPMMS)[2] Beliau juga merupakan pengasas dan Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings Bhd.[3] Beliau termasuk dalam senarai 40 orang terkaya di Malaysia mengikut majalah Forbes pada 2010.[4]
Di dalam bidang politik pula, beliau adalah bekas bendahari UMNO Selangor dan juga Hulu Selangor.[2]
Selain itu Rozali Ismail adalah Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) yang terletak berhampiran dengan Bagan Nakhoda Omar di Sabak Bernam.[5]
Remove ads
Krisis air Selangor 2012
Krisis air Selangor 2012 sampai kemuncaknya apabila Kerajaan Selangor berhasrat mengemukakan cadangan kepada lembaga pengarah Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) supaya memecat pengerusi eksekutif dan ketua pegawai eksekutifnya. Dengan pemecatan ini, penjimatan kos operasi dari gaji pengerusi eksekutif SYABAS sahaja adalah berjumlah sekurang-kurangnya RM 5.1 juta setahun.[6] Bagaimanapun, mahkamah kemudian mendapati bahawa beliau difitnah dan dakwaan gaji jutaan ringgit itu tidak benar.[7][8] Mengikut Laporan Tahunan 2012 Puncak Niaga, Rozali Ismail selaku Pengerusi Eksekutif telah menerima remunerasi antara RM33.3-33.4 juta dalam tahun kewangan 2012.[9]
Remove ads
Anugerah dan pencapaian
Beliau telah menerima Anugerah Socrates. Anugerah tersebut bertujuan untuk mengiktiraf ahli-ahli perniagaan elit di peringkat global yang sentiasa berusaha melalui kaedah tersendiri untuk menggalakkan pertukaran idea dan pengalaman dalam kalangan masyarakat antarabangsa dalam bidang ekonomi, politik, pendidikan dan kebudayaan.[10][11]
Pingat
Malaysia: Panglima Setia Mahkota (PSM) (2000)[12]
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads