Rotavirus
From Wikipedia, the free encyclopedia
Rotavirus ialah sebuah genus dari virus RNA rantaian pendua dalam keluarga Reoviridae. Rotavirus ialah penyebab cirit-birit di kalangan bayi dan kanak-kanak.[1] Hampir setiap kanak-kanak di dunia dijangkiti rotavirus sekurang-kurangnya sekali sebelum usia lima tahun. Imuniti berkembang seiring dengan berlakunya jangkitan, sehingga jangkitan yang berlaku setelahnya tidak parah; orang dewasa jarang dijangkiti. Terdapat sembilan spesies dari genus ini, iaitu A, B, C, D, E, F, G, H dan I. Rotavirus A, spesies yang paling umum, menyebabkan lebih dari 90% jangkitan rotavirus pada manusia.
Rotavirus | |
---|---|
![]() | |
Pembinaan semula visual rotavirus dengan bantuan komputer | |
Pengelasan saintifik ![]() | |
Templat taksonomi hilang (baiki): | Rotavirus |
Spesies jenis | |
Rotavirus A | |
Species | |
|
Virus ini disebarkan melalui jalur fekal-oral. Virus ini juga menjangkiti dan merosakkan sel-sel yang melapisi usus halus dan menyebabkan gastroenteritis (yang sering disebut sebagai "selesema perut" walaupun tidak berkaitan dengan influenza). Walaupun Rotavirus ditemui pada tahun 1973 oleh Ruth Bishop dan rakan-rakannya melalui gambaran mikrografi elektron dan menyumbang sekitar sepertiga dari kes rawatan untuk cirit-birit parah pada bayi dan kanak-kanak,[2] kepentingannya dari segi sejarah dianggap tidak terlalu besar dalam bidang kesihatan masyarakat, khususnya di negara-negara maju.[3] Selain memberi kesan pada kesihatan manusia, rotavirus juga menjangkiti haiwan, dan merupakan patogen haiwan ternakan.
Enteritis yang disebabkan oleh rotavirus biasanya merupakan penyakit pada kanak-kanak yang mudah ditangani, namun pada 2013, rotavirus menyebabkan 37 peratus kematian kanak-kanak akibat cirit-birit dan 215.000 kematian di seluruh dunia,[4] dan hampir dua juta lebih mengalami sakit parah.[3] Sebahagian besar dari kematian ini terjadi di negara-negara membangun.[5] Di Amerika Syarikat, sebelum program vaksinasi rotavirus bermula pada tahun 2000-an, rotavirus menyebabkan sekitar 2,7 juta kes gastroenteritis parah pada kanak-kanak, hampir 60.000 memerlukan rawatan rapi, dan sekitar 37 kematian setiap tahun.[6] Setelah vaksinasi rotavirus di Amerika Syarikat bermula, jumlah rawatan rapi di hospital menurun dengan ketara.[7][8] Kempen kesihatan Masyarakat untuk memerangi rotavirus berfokus pada penyediaan terapi rehidrasi oral untuk kankk-kanak yang dijangkiti dan vaksinasi untuk mencegah penyakit ini. Jumlah kejadian dan tahap bahaya dari jangkitan rotavirus telah menurun dengan ketara di negara-negara yang telah menambah vaksin rotavirus dalam dasar imunisasi rutin bagi kanak-kanak.[9][10]
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.