From Wikipedia, the free encyclopedia
Rolling Stone adalah sebuah majalah dua kali seminggu Amerika yang memberi tumpuan kepada budaya popular. Ia diasaskan di San Francisco pada tahun 1967 oleh Jann Wenner, yang masih penerbit majalah itu, dan pengkritik muzik Ralph J. Gleason.
Kategori | Budaya popular |
---|---|
Penerbit | Jann Wenner |
Jumlah edaran (2014) | 1,468,263[1] |
Pengasas | Jann Wenner, Ralph J. Gleason |
Isu pertama | 9 November 1967 |
Syarikat | Wenner Media LLC |
Negara | Amerika Syarikat |
Bertapak di | New York |
Bahasa | Inggeris |
Laman web | rollingstone |
ISSN | 0035-791X |
Ia mula dikenali dengan liputan muzik dan untuk laporan politik oleh Hunter S. Thompson. Namun majalah ini sejak tahun 1990-an lebih mengalihkan fokus mereka kepada lingkungan pembaca yang lebih muda dan berminat terhadap hiburan yang disasarkan kepada mereka sama ada dalam bentuk rancangan televisyen, filem dan muzik pop. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, ia telah kembali ke campuran tradisional kandungan.
Rolling Stone diasaskan di San Francisco pada tahun 1967 oleh Jann Wenner, seorang wartawan akhbar, dan Ralph Gleason, seorang pengkritik muzik.[2] Majalah ini pada mulanya bertumpu kepada budaya balas hippie yang sangat giat pada tahun 1960-an, namun lebih menggunapakai kaedah kewartawanan cara lazim atau konvensional serta tidak bebraur politik radikal sepertimana yang diamalkan akhbar bawah tanah semasa ketika itu. Wenner sendiri menekankan bahawa majalah mereka "bukan sekadar mengenai muzik tetapi juga mengenai perkara dan sikap yang diluahkan muzik tersebut".[nota 1]
Pada dekad tahun 1970-an, majalah ini mula menceburi dalam pelaporan hal-hal politik terutamanya oleh tokoh utama dalam bidang mereka, Hunter S. Thompson. Dalam majalah inilah Thompson menerbitkan Fear and Loathing in Las Vegas, malah beliau setia bekerja dalam majalah terseut sehinggalah kematiannya pada tahun 2005.[3] Majalah ini sendiri telah banyak melahirkan bakat penulisan dalam banyak penulis di Amerika Syarikat dalam dekad ini. Majalah ini berpindah ibu pejabat ia dari San Francisco - yang kini dianggap Wenner sudah ketandusan budaya (cultural backwater) ke Bandar Raya New York pada tahun 1977.[4] Pada tahun 1980-an pula, majalah ini mula meluaskan skop ia menjadi suatu majalah hiburan umum dengan bertambahnya liputan terhadap televiyen, filem dan budaya popular semasa.
Antara artis terkenal yang pernah menjadi penghias kulit majalah ini ialah:
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.