Roald Engelbregt Gravning Amundsen (16 Julai 1872 – 18 Jun 1928) adalah seorang pelaut dan penjelajah kawasan kutub dari Norway. Beliau merupakan tokoh penting pada waktu yang dikenali sebagai Zaman Wiraan Penjelajahan Antartika.
Roald Amundsen | |
---|---|
Kelahiran | Roald Engelbregt Gravning Amundsen 16 Julai 1872[1] Borge, Østfold, Norway |
Hilang pada | 18 Jun 1928 Laut Barents |
Pekerjaan | Penjelajah |
Terkenal kerana |
|
Anugerah |
|
Tandatangan | |
Dilahirkan di Borge, Østfold, Norway, Amundsen memulakan kerjaya sebagai penjelajah kutub ketika Ekspedisi Antartik Belgium yang dipimpin oleh Adrien de Gerlache pada 1897–1899. Dari tahun 1903 hingga 1906, Amundsen mengetuai ekspedisi pertamanya untuk merentasi Laluan laut Barat Laut dengan kapal layar Gjøa. Pada 1919, Amundsen mula merancang untuk ekspedisi ke Kutub Selatan dan kemudiannya beliau meninggalkan Norway pada Jun 1910 dengan menggunakan kapal Fram sebelum tiba di Antartika pada Januari 1911. Beliau dan rakan pelayarannya mendirikan kem di Teluk Paus dan beberapaa siri depot bekalan di Sawar (kini dikenali sebagai pentas ais Ross) sebelum berangkat ke kutub pada bulan Oktober. Amundsen dan rakannya menjadi orang yang pertama berjaya menjejak kaki ke Kutub Selatan pada 14 Disember 1911.
Wikiwand in your browser!
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.