Risa Saraswati

Penulis, penyanyi, dan pelakon wanita Indonesia From Wikipedia, the free encyclopedia

Risa Saraswati

Risa Saraswati (lahir 24 Februari 1985) merupakan seorang penyanyi dan penulis Indonesia yang berketurunan Melayu dan Sunda. Beliau terkenal sebagai vokalis kumpulan indie Indonesia, Homogenic (kini HMGNC) sebelum meninggalkan kumpulan itu pada 2009. Selain itu, beliau juga terkenal dengan kemampuan ghaibnya yang mampu berkomunikasi dengan makhluk halus.[2][3]

Fakta Segera Kelahiran, Pekerjaan ...
Risa Saraswati
Thumb
Kelahiran (1985-02-24) 24 Februari 1985 (umur 40)
PekerjaanPenyanyi, penulis lagu, penulis
Tahun aktif2002–kini
PasanganDimas Tri Adityo
Anak-anakAnaking Raga Janari[1]
Kerjaya muzik
Genregothic metal, indie, rock alternatif, pop, rock
Alat muzikvokal
Syarikat rakamanDemajors
Kegiatan berkaitanHomogenic, Sarasvati
Tandatangan
Thumb
Tutup

Kehidupan peribadi

Risa dibesarkan di Bandung. Beliau berkelulusan Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dari Universiti Katolik Parahyangan (UNPAR) dan Sarjana Sains Komunikasi dari Universitas Pasundan, Bandung.

Kebolehan ghaib

Sejak kecil, Risa menunjukkan tingkah laku pelik dengan sering bercakap seorang diri. Dia mampu berkomunikasi dan juga menjalinkan hubungan baik dengan makhluk yang tidak kelihatan. Oleh itu, album Story of Peter banyak menceritakan tentang kedekatannya dengan makhluk ghaib ini.

Malah lagu yang bertajuk "Bilur" itu datang daripada kejadian mistik. Lirik nyinden juga berasal dari roh yang dipanggil "Mae". Di mana Mae adalah penyanyi sinden yang berkahwin dengan lelaki, tetapi ibu bapanya tidak merestuinya. Dalam kehidupan sehariannya, Mae selalu diseksa oleh suaminya sendiri. Mae mati kerana suaminya menyeksanya, dan dia menyesal kerana tidak menuruti kata-kata ibu bapanya.

Diskografi

Homogenic

  • Epic Symphony (2004)
  • Echoes of the Universe (2006)

Sarasvati

  • Story of Peter (2011)
  • Mirror (2012)
  • Sunyaruri (2013)
  • Ballades (2015)
  • Ratimaya (2015)

Filemografi

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Sebagai pelakon
Tahun Tajuk Watak Catatan Ruj.
2018 Danur 2: Maddah Dokter Filem cereka, penampilan istimewa (Cameo) [4]
2024 Jurnal Risa by Risa Saraswati Dirinya sendiri
Tutup

Bibliografi

  • Danur (2011)
  • Maddah (2012)
  • Sunyaruri (2013)
  • Ananta Prahadi (2014)
  • r.i.s.a.r.a (2014)
  • Catatan Hitam (2015)
  • Gerbang Dialog Danur (2015)
  • Rasuk (2015)
  • Peter (2017)
  • William (2017)
  • Janshen (2017)
  • Hendrick (2017)
  • Hans (2017)
  • Ivanna Van Dijk (2018)
  • Silam (2018)
  • Senjakala (2018)
  • Tenung (2019)
  • Jurnal Risa: Teror Liburan Sekolah (2020)

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.