Revolusi Rusia 1917
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Revolusi Rusia 1917 merujuk kepada revolusi di Rusia termasuk Revolusi Februari yang membawa kepada penggulingan Tsar Nicholas II dan pemberontakan komunis Bolshevik yang dikenali Revolusi Oktober yang juga menyaksikan keluarga Tsar ditembak mati.
Revolusi Rusia | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Perang Dunia I dan Revolusi 1917–23 | |||||||
Aksi tembak menembak di Petrograd, 17 Julai 1917 | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
| |||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
|
| ||||||
Kekuatan | |||||||
| Pengawal Merah: 200,000 | ||||||
a. sehingga 15 Mac 1917. |
Revolusi ini satu-satunya revolusi yang berjaya dilaksanakan oleh pekerja biasa, petani dan askar di Rusia. Mereka berjaya mengambil alih pemerintahan di Rusia dan mengusir kerajaan Kerensky yang pro-kapitalis.
Revolusi ini dapat disekat oleh golongan kapitalis antarabangsa dan Tentera Putih berjaya mengepung Rusia. Kegagalan revolusi ini merebak ke Jerman dan tempat lain membawa kepada kejatuhan Lenin dan Bolshevik serta membawa kepada kebangkitan Stalin dan ideologinya.
Pada permulaan tahun 1917, Rusia telah berperang selama dua setengah tahun dan tidak dapat menangani tekanan menentang negara-negara yang lebih maju dari segi ekonomi.
Sementara itu berlaku migrasi penduduk dari luar bandar ke bandar yang membawa kepada pertambahan mendadak bandar-bandar. Di antara tahun 1890 dan 1910, populasi St. Petersburg meningkat daripada 1,033,600 kepada 1,905,600 orang begitu juga Moscow yang mengalami peningkatan yang sama yang membawa kepada kesesakan dan situasi yang tidak menyenangkan bagi mereka yang hidup dibandar.
Selain itu, masyarakat kelas menengah, kolar putih, ahli perniagaan dan profesional juga semakin bertambah. Perubahan-perubahan ekonomi dan sosial di Rusia merapatkan lagi jurang perbezaan antara golongan petani yang berhijrah, golongan intelek, profesional dan lain-lain. Pekerja-pekerja mula terdedah kepada idea-idea baru sosial dan politik.
Sementara itu, keadaan yang sesak dan penduduk yang terlampau ramai memburukkan situasi di bandar-bandar. Ketiadaan bekalan air paip dan najis-najis manusia yang bertimbun mengancam kesihatan penduduk. Keadaan buruk ini ditambah dengan mogok-mogok dan insiden kekacauan di bandar yang meningkat.
Perang Dunia Pertama hanya menambah kekacauan. Kerahan tenaga untuk membuat senjata perang dan askar mengakibatkan lebih banyak mogok dan pemberontakan. Kerahan juga menyebabkan pekerja yang berkemahiran digantikan dengan golongan petani yang tidak berkemahiran dan apabila kebuluran berlaku akibat sistem pengangkutan keretapi yang tidak baik, pekerja meninggalkan bandar untuk mencari makanan.
Kesedaran politik, kesan dari idea-idea baru dan sistem kerajaan yang lemah dan tidak cekap yang diburukkan lagi oleh Perang Dunia Pertama sepatutnya menyedarkan Tsar Nicholas II untuk melakukan reformasi. Beliau bagaimanapun tidak mengendahkan rakyat dan melakukan apa-apa tindakan yang boleh mendekatkan diri beliau dengan masyarakat Rusia. Pihak askar telah putus asas, dan penduduk awam menjadi lapar dan marah kerana keadaan ekonomi dan sosial yang teruk. Perubahan meluas tidak dapat dielakkan.
Pada 23 Februari 1917, satu demonstrasi tercetus di ibu kota Petrograd yang dilakukan oleh penduduk yang beratur untuk makanan. Tindakan mereka ini diikuti oleh beribu-ribu pekerja wanita di kilang tekstil yang keluar dari kilang mereka sebagai memperingati Hari Wanita Antarabangsa tetapi sebenarnya mahu memprotes kekurangan bekalan roti. Mereka memanggil pekerja-pekerja lain untuk bersama mereka. Gerombolan wanita dan lelaki ini menuju ke jalan-jalan dan berteriak "Roti" dan "Beri kami roti!". Dua hari selepasnya, mogok ini merebak ke kilang-kilang dan kedai-kedai di seluruh negara.
Pada 25 Februari, hampir semua industri dan perniagaan di Petrograd terpaksa ditutup. Pelajar, pekerja kolar putih dan guru juga menuju ke jalan-jalan dan perjumpaan awam untuk menunjukkan ketidakpuasan hati mereka. Ahli-ahli politik sedar akan masalah yang bakal menimpa. Mereka mengutuk kerajaan dan menuntut menteri bertanggungjawab. Duma, yang dianggotai golongan bangsawan, meminta tsar melepaskan kuasa untuk mengelakkan revolusi.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.