Reichskommissariat Ukraine

From Wikipedia, the free encyclopedia

Reichskommissariat Ukraine

Semasa Perang Dunia II, Reichskommissariat Ukraine (singkatan RKU) adalah rejim pendudukan awam (Reichskommissariat) bagi Ukraine taklukan Jerman Nazi (yang merangkumi kawasan bersebelahan dengan zaman moden Belarus dan Republik Poland Kedua). Ia telah ditadbir oleh Kementerian Reich bagi Wilayah Taklukan Timur yang diketuai oleh Alfred Rosenberg. Antara September 1941 dan Ogos 1944, Reichskommissariat ini ditadbir oleh Erich Koch selaku Reichskommissar. Tugas-tugas pentadbiran termasuklah pengamanan dan pemajuan rantau itu, untuk kepentingan Jerman, melalui sumber-sumber dan rakyatnya. Adolf Hitler mengeluarkan perintah Führer yang mewujudkan pentadbiran wilayah taklukan Timur yang baru pada 17 Julai 1941.[2]

Fakta Segera Status, Ibu negara ...
Reichskommissariat Ukraine
1941–1944
Bendera Reichskommissariat Ukraine
Lambang Reichskommissariat Ukraine
Bendera Lambang
Reichskommissariat Ukraine pada tahun 1942
Reichskommissariat Ukraine pada tahun 1942
StatusReichskommissariat Jerman
Ibu negaraRivne
Bahasa yang umum digunakanJerman (official)
Ukraine · Poland · Tatar Krimea
KerajaanKoloni Jerman Nazi[1]
Reichskommissar 
 1941–1944
Erich Koch
Era SejarahPerang Dunia II
22 Jun 1941
 Penubuhan
1 September 1941
 Pembebasan Soviet
Sep. 1943–Mac. 1944
 Bahagian saki-baki Generalbezirk Weißruthenien
25 Februari 1944
 Pembubaran formal
10 November 1944
Populasi
 1941
37,000,000
Mata wangKarbovanets
Sekarang sebahagian dariUkraine
Poland
Belarus
Tutup

Sebelum pencerobohan Jerman, Ukraine merupakan anggota republik Kesatuan Soviet, di huni oleh orang Ukraine berserta minoriti Rusia, Poland, Yahudi, Belarusia, Jerman, Romani dan Tatar Krimea. Ia adalah subjek utama rancangan Nazi untuk pembesaran pasca perang negara Jerman. Pendudukan Nazi di Ukraine mengakhiri nyawa berjuta-juta orang awam dalam Holokus dan pembunuhan besar-besaran Nazi yang lain: dianggarkan 900,000 hingga 1.6 juta orang Yahudi dan 3[3] hingga 4[4] juta rakyat Ukraine bukan Yahudi dibunuh semasa pendudukan; sumber lain menganggarkan 5.2 juta orang awam Ukraine (dari semua kumpulan etnik) mati akibat jenayah terhadap kemanusiaan, penyakit berkaitan perang, dan kebuluran yang berjumlah lebih 12% dari penduduk Ukraine pada masa itu.[5]

Lihat juga

  • Persekongkolan di Ukraine taklukan Jerman
  • Ostarbeiter
  • Penyembelihan rakyat Poland di Volhynia dan Timur Galicia
  • Babi Yar
  • Perlawanan Maut
  • Word of the Righteous

Rujukan

Bacaan lanjut

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.