From Wikipedia, the free encyclopedia
Shahredza Minhat (lahir 1 Oktober 1980) merupakan seorang penulis skrip, pelakon, model dan penganalisa pelaburan Malaysia. Beliau pernah tercalon untuk beberapa kali dalam Festival Filem Malaysia dan Anugerah Skrin. Kemunculan dalam filem pertamanya, Pisau Cukur telah berjaya menyebabkan beliau dikenali ramai.[1]
Redza Minhat | |
---|---|
Kelahiran | Shahredza bin Minhat 1 Oktober 1980 |
Pendidikan | Ijazah Sarjana Muda Pengajian Perniagaan |
Pusat pendidikan | Universiti Multimedia (MMU) |
Pekerjaan | Penulis skrip, pelakon, model, penganalisa pelaburan |
Tahun aktif | 2003–kini |
Terkenal kerana |
Walaupun bekerja sebagai seorang penganalisa pelaburan di sebuah institusi kewangan tempatan, namun beliau tetap berlakon apabila mempunyai waktu terluang.[1] Selain itu, beliau juga bekerja sebagai penulis tetap dan pengarah kewangan di Playground Productions.[2]
Beliau mula menceburi bidang penulisan skrip sejak menuntut di sekolah menengah di Kolej Melayu Kuala Kangsar[3] dan pernah memenangi anugerah di Festival Teater Malaysia menerusi naskhah pertamanya, Tat Nenas.[1] Selepas itu, beliau menubuhkan syarikat Aroma Teater Works bersama rakan-rakannya dengan menggunakan hadiah wang tunai berjumlah RM 20,000 yang diterimanya di Festival Teater Malaysia. Selain itu, beliau juga pernah membuat teater tanpa bayaran sekitar tahun 2003/2004. Teater itu hanya dihadiri oleh enam orang penonton.[1]
Beliau telah berjaya menjadi graduan dalam pengajian perniagaan dari Universiti Multimedia Malaysia (MMU) dan menghasilkan naskhah termasuklah Gadis Jalan Burmah, Toast dan I Lost The Plot. Beliau juga menceburi dunia lakonan menerusi teater pertamanya, Otak Tak Center. Melalui teater itu, beliau mengenali Bernard Chauly yang merupakan seorang pengarah filem dan drama. Selepas itu, Bernard mempelawanya untuk berlakon sebagai watak sampingan dalam drama Gol & Gincu The Series dan Goda.[1]
Beliau pernah mengikuti bengkel teater Shakespeare yang diadakan secara percuma di Menara Duta, Sri Hartamas pada setiap Rabu dan Sabtu. Bengkel itu dikendalikan oleh guru teater yang bernama Chris Jacob.[1]
Redza merupakan seorang anak yatim seawal umur tiga tahun apabila bapanya meninggal dunia. Sejak daripada itu, dia telah dibesarkan oleh ibunya.[4]
Beliau telah merancang majlis perkahwinannya sejak 2010 tetapi terpaksa ditangguhkan atas faktor-faktor tertentu. Pada 17 Jun 2011, akhirnya, beliau telah melangsungkan perkahwinan dengan Aidira Khaidir, iaitu "junior"nya ketika menuntut di Universiti Multimedia. Beliau telah mengenali isterinya sejak 10 tahun yang lepas ketika mereka bersama-sama menyertai pementasan teater. Majlis resepsi diadakan sehari selepas majlis akad nikah.[5]
Pada 7 Mac 2012, isteri beliau telah melahirkan anak pertama mereka di Hospital Pantai Kuala Lumpur[6] dan bayi tersebut diberi nama sebagai Ali. Ali dilahirkan pada pukul 2.13 petang dengan berat sebanyak 3.36 kilogram.
Pada 19 Mac 2017, isteri beliau telah melahirkan anak kedua mereka dan diberi nama Kurnia Amelie.
Tahun | Anugerah | Catatan | Hasil |
---|---|---|---|
2004 | Persembahan Terbaik | Beliau telah memenangi kategori ini bersama Megat Sharizal melalui karya Tat Nenas. Kategori ini dicalonkan melalui Festival Teater Malaysia 2004.[7] | Menang |
2010 | Pelakon Harapan Lelaki | Kategori ini dicalonkan melalui Festival Filem Malaysia 2010. | Tercalon |
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik | Kategori ini dicalonkan melalui Anugerah Skrin 2010. | Tercalon | |
2013 | Best On-Screen Chemistry Award | Beliau telah menerima pencalonan ini bersama Cristina Suzanne hasil daripada peranan mereka berdua sebagai pelakon utama dalam filem KIL. Anugerah ini dicalonkan oleh Shout! Awards 2013.[8] | Tercalon |
Hot Guy Award | Anugerah ini diterimanya buat pertama kali oleh Shout! Awards 2013 tetapi tewas kepada lima pesaing yang lain.[8] | Tercalon | |
Pelakon Lelaki Terbaik | Kategori ini dicalonkan melalui Anugerah Skrin 2013. | Tercalon |
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2009 | Pisau Cukur | Faqir | Filem pertama |
2013 | KIL | Akil / Kil | |
2014 | Terbaik dari Langit | Penonton Pawagam 1 | Juga sebagai penulis |
2016 | Interchange | — | Sebagai penulis |
2018 | Orang Itu | Din | |
2019 | Motif | IIham (suara) | |
2023 | Imaginur | — | Sebagai penulis |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2012 | Aku, Dia dan Tong Sampah | Pengacara majlis | TV9 |
2013 | 90 Hari | Bani | |
2015 | Aku, Dia & Tong Gas | Kameo | |
2017 | Kekasih Elektrik | Amri | Astro Citra |
Gadis Kosmos | |||
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2005 | Gol & Gincu The Series | 8TV | ||
2008 | Goda | |||
2018 | Folklore | HBO Asia | Episod: "Toyol" | |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan | Terbitan |
---|---|---|---|---|---|
2012 | Hot Guys Who Cook (Musim 1 ; Episod 6) | Redza Minhat | Diva Universal | Dalam rancangan ini, beliau telah menyediakan masakan yang ringkas iaitu mi segera. Antara bahan yang beliau gunakan termasuklah telur, bawang, bawang putih, cili, lobak merah dan sayur-sayuran berdaun dan satu lagi bahan yang dirahsiakan olehnya. Hidangan ini dianggap sebagai cara paling mudah untuk menikmati satu hidangan lengkap dengan adanya daging dan sayur-sayuran.[12] | Diva Universal |
2013 | The Disko Baldi Show | Pelbagai | 8TV | Rancangan ini memaparkan pelbagai isu sosial yang diselitkan dengan jenaka di atas pentas.[13] | PhuturePhlow Films |
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan | Terbitan |
---|---|---|---|---|
2011 | Diva Universal Raya Promo | Akil | Beliau telah berlakon bersama Cristina Suzanne untuk iklan yang bertemakan hari raya oleh Diva Universal.[14] | Diva Universal |
2012 | PETRONAS 2012 Deepavali | Erman | Beliau membuat ucapan khas sempena perayaan Deepavali.[15][16] | Petronas |
Strangers | Beliau menjalankan proses penggambaran di Uzbekistan yang bertemakan hari raya serta ditaja oleh Petronas.[17] | |||
Tajuk | Anjuran |
---|---|
Tat Nenas | AROMA Theatre Works |
Kelab Malam | AROMA Theatre Works |
Romeo & Juliet | UM |
Tunku Kudin | UM |
Bercakap Dengan Pria | AROMA Theatre Works |
Otak Tak Center | Dramalab |
Coffee & Toast! | Dramalab |
Gadis Jalan Burmah | Dramalab / The Actor's Studio |
I Lost The Plot | Dramalab |
ALLAH! | The Actor's Studio |
Wacky Bar | PJ Live Arts |
Rancangan Harijadi Terhebat Adli | The Actor's Studio |
RPT: Scandalicious Issue | PJ Live Arts |
Medea | The Actor's Studio |
Money | Stor Teater Dewan Bahasa dan Pustaka |
Energia | Stor Teater Dewan Bahasa dan Pustaka |
Serangan Zombi Pertama di Kuala Lumpur | The Actor's Studio |
KLUE, DOH! | PJ Live Arts |
Projek Disko Baldi Dreams | PJ Live Arts |
Projek Disko Baldi in Love | PJ Live Arts |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.