Ramkarpal Singh

From Wikipedia, the free encyclopedia

YB Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh (Bahasa Panjabi: ਰਾਮਕਰ ਪਾਲ ਸਿੰਘ; lahir 9 April 1976) ialah seorang peguam dan ahli politik daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP). Beliau merupakan ahli parlimen bagi kawasan Bukit Gelugor, Pulau Pinang. Bapanya, Karpal Singh adalah bekas pengerusi kebangsaan Parti Tindakan Demokratik. Saudara lelakinya ialah ADUN Datuk Keramat, Pulau Pinang Jagdeep Singh Deo dan Ahli Parlimen Damansara, Gobind Singh Deo.

Fakta Segera YB Tuan Ahli Parlimen, Timbalan Pengerusi Parti Tindakan Demokratik Pulau Pinang ...
Ramkarpal Singh
Timbalan Pengerusi
Parti Tindakan Demokratik
Pulau Pinang
Menyandang jawatan
22 September 2024
Didahului olehP.Ramasamy
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi)
Dalam jawatan
9 Disember 2022  12 Disember 2023
Perdana MenteriAnwar Ibrahim
MenteriAzalina Othman Said
Didahului olehMas Ermieyati Samsudin
Digantikan olehM. Kulasegaran
Ahli Parlimen
bagi Bukit Gelugor, Pulau Pinang
Menyandang jawatan
10 Jun 2014
Didahului olehKarpal Singh
Majoriti63,112 (PRU-15)
55,951 (PRU-14)
37,659 (PRK Bukit Gelugor 2014)
Maklumat peribadi
Lahir
Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

(1976-04-09) 9 April 1976 (umur 48)
Bukit Gelugor, Pulau Pinang, Malaysia
Parti politik Pakatan Harapan
(DAP)
Ibu bapa
Saudara
Tempat belajarUniversiti Bristol
PekerjaanAhli politik
Bidang pengkhususanPeguam
Tutup

Pendidikan

Ram merupakan bekas pelajar Saint Xavier's Institution sebelum meneruskan pendidikan awalnya ke sekolah swasta Seri Inai, Pulau Pinang. Beliau meneruskan pendidikan ijazah sarjana muda dalam bidang undang-undang di Bristol's University, United Kingdom. [1] Beliau merupakan peguambela yang memegang keahlian daripada Gray's Inn.

Kerjaya

Ram memulakan kerjaya sebagai peguam pada tahun 2000. Beliau mengetuai firma guaman Karpal Singh & Co di Jalan Pudu Lama, Kuala Lumpur.

Beliau berjaya membela penasihat parti politik, Parti Keadilan Rakyat, Dato Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwatnya di Mahkamah Tinggi. Namun, Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa Anwar Ibrahim bersalah dengan mengenepikan keputusan Mahakamah Tinggi.[2]

Politik

Ram merupakan Ahli Parlimen bagi kawasan Bukit Gelugor setelah Parti Tindakan Demokratik melantik beliau sebagai calon Pakatan Harapan dalam pilihanraya kecil bagi kawasan Parlimen P51 Bukit Gelugor.[3][4]

Kemalangan Karpal Singh

Ramkarpal juga berada bersama dengan Karpal Singh, apabila bapanya ditimpa kemalangan dalam perjalanan menuju ke Pulau Pinang. Yang turut terkorban dalam kemalangan tersebut adalah pembantu ayahnya, Michael C. Selvam.[5]

Keputusan pilihan raya umum

Maklumat lanjut Tahun, Undi ...
Parlimen Malaysia: Bukit Gelugor[6][7][8]
Tahun Undi Pct Pembangkang Undi Pct Jumlah undi Majoriti Turnout
2014 Ramkarpal Singh Karpal Singh (DAP) 41,242 89.95% Huan Cheng Guan (PCM) 3,583 7.81% 46,438 37,659 56.34%
Mohd Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar (Bebas) 799 1.74%
Abu Backer Sidek Mohammad Zan (Bebas) 225 0.49%
2018 Ramkarpal Singh Karpal Singh (DAP) 65,622 86.68% Low Joo Hiap (MCA) 9,671 12.77% 76,489 55,951 83.51%
Lai Xue Ching (MUP) 412 0.54%
Tutup

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.