From Wikipedia, the free encyclopedia
Puyehue (/[invalid input: 'icon']puːˈjeɪweɪ/, poo-YAY-way; Sebutan Sepanyol: [puˈʝewe]) dan Cordón Caulle (/kɔːrˈdoʊn ˈkaʊjeɪ/, kor-DOHN-' KOW-yay) adalah gunung berapi utama yang bergabung membentuk massif gunung utama di Taman Negara Puyehue di Banjaran Gunung Andes Provinsi Ranco, Chile. Dalam vulkanologi kelompok ini dipanggil Puyehue-Cordón Caulle Volcanic Complex (PCCVC). Empat gunung berapi berbeza membentuk kompleks gunung berapi ini: kaldera Cordillera Nevada, gunung berapi Mencheca, lohong rekahan Cordón Caulle dan stratovolkano Puyehue.[3]
Puyehue-Cordón Caulle | |
---|---|
Titik tertinggi | |
Ketinggian | 2,236 m (7,336 ka) (Puyehue)[1] |
Tonjolan | 1,800 m (5,900 ka) |
Senarai | Ultra |
Geografi | |
Lokasi | Komun Lago Ranco, Río Bueno dan Puyehue, Chile |
Induk banjaran | Andes |
Geologi | |
Jenis gunung | Gunung berapi kompleks |
Lengkok/Lingkaran gunung berapi | Zon Gunung Berapi Selatan |
Letusan terakhir | 2011 [2] |
Pendakian | |
Laluan paling mudah | Entre Lagos – Fundo El Caulle – puncak Puyehue |
Kawasan Puyehue-Cordón Caulle merupakan salah satu tapak utama peninjauperiksaan untuk kuasa geoterma di Chile.[4][5] Aktiviti geoterma ketara di permukaan Puyehue dan Cordón Caulle dalam bentuk mata air didih, solfatara dan fumarol.[6]
Pada 24 Mei 1960, 38 jam selepas gegaran utama gempa bumi Valdivia 1960, gempa bumi terkuat dalam sejarah bertulis, Cordón Caulle mula mengalami letusan rekahan riodasit. Gempa bumi tersebut melanda seluruh kawasan Chile di antara Talca (30°S) dan Chiloé (43°S) dengan anggaran magnitud momen sekuat 9.5. Terletak di antara dua lembah Andes yang ketika itu kurang penduduk dan terpencil, letusan gunung berapi ini tidak memiliki banyak saksi dan kurang mendapat perhatian daripada media tempatan akibat kerosakan dan kehilangan besar oleh gempa bumi.[7] Letusan ini disuap oleh rekahan 5.5 kilometer (3 bt) panjang dengan arah aliran barat laut-barat (N135°), 21 lohong individu ditemui di sepanjangnya. Lohong-lohong ini mengeluarkan output kira-kira 0.25km3 DRE dalam bentuk aliran lava dan tefra.
Letusan ini berakhir pada 22 Julai.[7]
Peningkatan kadar aktiviti di sini baru-baru ini menyebabkan amaran tahap 4 (tertinggi) dikeluarkan pada 3 Jun 2011.[8] Awal keesokan harinya, letusan bermula dengan awan debu mencapai ketinggian 10,000 meter (32,810 ka).[2]
Sekitar 3,500 penduduk dipindahkan dari kawasan sekitar,[9] sementara awan debu sampai ke bandar Bariloche di Argentina, memaksa penutupan lapangan terbang tempatan.[10] Selain itu Lapangan Terbang Neuquén serta dua lapangan terbang di Buenos Aires juga terpaksa ditutup buat sementara.[11][12]
Pada 9 Jun awan debu tiba pula ke Uruguay, memaksa beberapa penerbangan dibatalkan.[13]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.