genus tumbuhan From Wikipedia, the free encyclopedia
Barringtonia ialah genus tumbuhan dalam keluarga Lecythidaceae yang julung kali digambarkan sebagai genus dengan nama ini pada 1775.[2][3] Ia berasal dari Afrika, selatan Asia, Australia, dan pelbagai pulau di Lautan Pasifik dan Hindi.[1][4] Nama genus ini memperingati Daines Barrington.[2][5]
Fakta Segera Barringtonia, Pengelasan saintifik ...
Putat merupakan pokok yang agak kecil dengan ketinggian sekitar 15 meter. Batangnya sekitar 8 cm merentas dan dahan sekitar 1 hingga 1.5 cm merentas. Daunnya licin tidak berbulu, dan antara 30 hingga 50 cm panjang dan 8 hingga 20 cm lebar. Ia bujur dan amat berkilat. Ia memiliki bentuk meruncing ke belakang dan pangkalnya berbentuk baji. Tangkai bunga biasanya pada julai dahan, sekitar 30 hingga 80 cm panjang dan terjuntai, boleh terdapat sehingga 120 kuntum bunga. Buahnya bersegi, lapan dan sekitar 6-8 cm panjang dan 3-5 cm lebar. Biji benih di dalam tempurung buah sekitar 3 cm kali 1.5-2 cm lebar. Ia agak leper pada satu arah.
Berikut senarai kesemua 72 spesies Barringtonia yang diterima oleh Plants of the World Onlinesetakat Jun2024[kemas kini]:[1]
Barringtonia pseudoglomerata Chantar. − Sarawak, Sabah
Barringtonia pterita Merr. − Filipina
Barringtonia racemosa (L.) Spreng. − putat kampung − Afrika Timur dan Tenggara, Asia Selatan dan Tenggara, China Selatan, Queensland, pelbagai pulau di Lautan Pasifik & Hindi
Henderson, R.J.F.; Kodela, P.G. (2022). Kodela, P.G. (penyunting). "Barringtonia". Flora of Australia. Australian Biological Resources Study, Department of Climate Change, Energy, the Environment and Water: Canberra. Dicapai pada 26 June 2024.
"Barringtonia". Flora of China (eFloras). Missouri Botanical Garden, St. Louis, MO & Harvard University Herbaria, Cambridge, MA. Dicapai pada 26 June 2024.