Istilah Proto-Melayu, Melayu purba, proto-Hesperonesia, gelombang pertama Hesperonesia atau Hesperonesia purba , yang diterjemahkan kepada Melayu Asli (Melayu Orang Asli) atau Melayu Purba (Melayu Kuno) atau Melayu Tua (Melayu Lama), [3] merujuk kepada penutur Austronesia yang berpindah dari tanah besar Asia, ke semenanjung Melayu dan kepulauan Melayu dalam siri migrasi yang panjang antara 2500 dan 1500 SM, sebelum migrasi Deutero-Melayu kira-kira seribu tahun kemudian.[4] pembicara Austronesia.

Fakta Segera Jumlah penduduk, Kawasan ramai penduduk ...
Melayu Proto
Thumb
Kumpulan orang asli Melayu Proto/Deutro Melayu di Behrang, Perak, Malaysia, 1906.
Jumlah penduduk
98,000[1]
Kawasan ramai penduduk
Kepulauan Melayu:
 Malaysia89,189 (2010)[2]
 Indonesiatiada angka rasmi
 Filipinatiada angka rasmi
Bahasa
Bahasa-bahasa Malaya, bahasa-bahasa Semelai, bahasa-bahasa Batak, bahasa-bahasa Dayak, bahasa Malaysia, bahasa Indonesia
Agama
Animisme, Islam, Kristian
Kumpulan etnik berkaitan
Senoi (Semaq Beri, Mah Meri), Orang Laut, Semelai
Tutup

Kawasan geografi

Indonesia

Di Indonesia, suku Melayu Proto tersebar di beberapa wilayah di Nusantara. Banyak teori ilmiah mengenai klasifikasi Proto Melayu di Indonesia.[perlu rujukan]. Tetapi boleh dikatakan bahawa Proto Melayu di Indonesia ia tidak dikelaskan sebagai suku Melayu yang berbeza dari Malaysia di mana di Indonesia suku Melayu adalah sebahagian dari suku di Indonesia.

Ernest-Théodore Hamy (1896) pertama kali mengenal pasti 3 kumpulan Proto-Melayu yang terdapat di Sumatra dan Borneo, Indonesia.[5][6] Mereka boleh dikenal sebagai Suku Batak, Suku Dayak, dan Suku Nias. Para saintis Eropah mendedahkan bahawa masih terdapat banyak lagi klasifikasi Melayu Proto di Indonesia.

Malaysia

Di Malaysia, Melayu Proto diklasifikasikan di bawah kumpulan Orang Asli di Semenanjung Malaysia. Mereka secara rasmi dikenali sebagai.[7] Kebanyakan dari mereka dikelaskan sebagai (Southern Mongoloid) lebih tinggi berbanding orang asli di utara. Mempunyai rambut yang lebih lurus, dan bentuk kepala yang lebih bulat.

Bibliografi

Pautan luar

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.