Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Propaganda, atau diayah (juga dieja sebagai dakyah) merupakan mesej-mesej bersepadu yang bertujuan mempengaruhi pendapat atau kelakuan orang ramai. Berbanding dengan menyalurkan maklumat tanpa berat sebelah, propaganda dalam erti kata paling asasnya menyediakan maklumat dengan tujuan mempengaruhi masyarakat. Propaganda sering memilih fakta-fakta dengan teliti (iaitu menipu melalui penyingkiran) untuk menggalakkan sintesis yang tertentu, ataupun menokok tambah agar menimbulkan maklum balas yang lebih beremosi daripada rasional kepada maklumat yang diberi. Hasil yang diingini ialah perubahan dalam penceritaan kognitif mengenai subjek oleh kumpulan sasaran untuk melanjutkan agenda politik.
Propaganda ialah cubaan sengaja yang sistematik untuk membentuk persepsi, memanipulasi kognisi, dan mengarahkan kelakuan agar mencapai maklum balas yang melanjutkan tujuan yang diingini penyebarnya.
— Garth S. Jowett and Victoria O'Donnell, Propaganda and Persuasion
Perkataan "propaganda" berasal dari nama Latin Congregatio de Propaganda Fide ("Jemaah Penyebaran Agama"), iaitu jemaah yang diasaskan oleh Paus Gregorius XV pada tahun 1622. Jabatan pentadbiran paus ini ditugaskan menyebarkan agama Katolik dan mengawasi hal ehwal gereja dalam lingkungan wilayah mubaligh.
Kata sifat Latin propaganda yang merupakan satu bentuk gerundif bagi kata kerja propago (dari pro- "ke hadapan" + *pag-, kata akar pangere "mempercepatkan"), bererti "yang perlu disebarkan" dan tidak membawa apa-apa konotasi penerangan, tidak kira mengelirukan atau sebaliknya. Erti modennya dipakai sejak Perang Dunia Pertama, dan lama-kelamaan berkait rapat dengan politik juga.
Propaganda dapat digolongkan menurut sumbernya:
Ia telah berkembang dalam perang psikologi di mana propaganda menemukan kegunaan lanjutnya.
Propaganda mempunyai beberapa perkara yang perlu ada untuk memenuhi keberkesanannya. Antara kriteria tersebut ialah:[1]
Arus media utama yang digunakan untuk menyebarkan mesej propaganda termasuk akhbar, laporan kerajaan, penyemakan sejarah, junk science, bahan bacaan, risalah, filem, radio, televisyen dan poster. Bagi radio dan televisyen, propaganda wujud baik melalui rancangan berita, hal ehwal atau wawancara, mahupun dalam bentuk iklan, pesanan khidmat masyarakat atau advertorial. Kempen propaganda selalu mengikut corak penyebaran strategik untuk mengindoktrinasikan kumpulan yang disasarkan. Ini boleh dimulakan dengan penyebaran ringkas seperti risalah yang dijatuhkan dari kapal terbang atau iklan. Biasanya mesej-mesej ini mengandungi arahan-arahan untuk memperoleh maklumat lanjut melalui laman web, talian hangat, rancangan radio dan sebagainya (serupa dengan tujuan pemasaran produk dan sebagainya). Strategi ini bertujuan mengubah individu dari penerima maklumat menjadi pencari maklumat melalui pengukuhan, diikuti pencari maklumat menjadi pemimpin pendapat melalui indoktrinasi.
Pelbagai teknik yang berasaskan kajian psikologi sosial digunakan untuk menjana propaganda. Kebanyakan teknik-teknik yang sama boleh dianggap sebagai falasi logik, kerana penyebar propaganda menggunakan hujah yang adakalanya meyakinkan tetapi tidak semestinya tepat.
Analisa kaedah-kaedah penyebaran mesej propaganda agak mengambil masa. Kerja penyebaran propaganda itu penting tetapi jelasnya strategi penyebaran maklumat hanya menjadi strategi propaganda apabila digandingkan dengan mesej propaganda. Oleh itu, adalah penting sekali untuk mengenal pasti mesej-mesej sedemikian untuk mengkaji cara-cara mesej berkenaan disebarkan. Berikut adalah sebilangan teknik menjana propaganda:
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.