Pilihan raya presiden Singapura 2017

From Wikipedia, the free encyclopedia

Pilihan raya presiden Singapura 2017

Pilihan raya Presiden Singapura 2017 merupakan pilihan raya presiden Singapura yang ke-5. Ia diadakan bagi memilih Presiden baru untuk menggantikkan Presiden Singapura terdahulu, Tony Tan, yang tamat tempoh pemerintahan pada 31 Ogos 2017. Berikutan pemindaan Perlembagaan Singapura, pilihan raya ini merupakan pilihan raya pertama yang dikhaskan untuk kumpulan kaum tertentu di bawah "model cetusan hitus".[1] Pilihan raya 2017 ini dikhaskan untuk calon dari kaum minoriti iaitu komuniti Melayu, yang tidak pernah memegang jawatan Presiden sejak tahun 1970.[2][3]

Fakta Segera Parti, Undian popular ...
Pilihan raya Presiden Singapura 2017

ā† 2011 13 September 2017
 
Parti Bebas
Undian popular Tanpa bertanding

Presiden sebelum pilihan raya

Tony Tan

Terpilih

Halimah Yacob

Tutup

Pencalonan ditutup pada 13 September, dan pengundian diadakan pada 23 September jika terdapat dua atau lebih calon yang berkelayakan untuk bertanding.[4][5][6][7] Kriteria ketat yang ditetapkan oleh Perlembagaan Singapura, pada 11 September, Jabatan Pilihan raya memutuskan Halimah Yacob satu-satunya calon Presiden yang layak bertanding. Halimah diisytiharkan sebagai Presiden pada 13 September,[8][9] dan pelantikan secara rasmi sebagai Presiden Singapura ke-8 dilakukan pada hari seterusnya.[10]

Rujukan

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.