Piala
ganjaran untuk pencapaian tertentu From Wikipedia, the free encyclopedia
Piala (Jawi: ڤيالا) atau trofi (Jawi: تروفي) ialah benda yang diberikan pada seseorang sebagai suatu hadiah menghargai pencapaian tertentu, terutamanya dalam acara kesukanan.

Etimologi
Piala menyerap dari kata bahasa Parsi پیاله piyāla (sebutan moden: piyâle) bermaksud "cawan".[1] Trofi pula meminjam dari kata bahasa Belanda trofee[2] menyerap kata bahasa Perancis trophée "hadiah dimenangi" turunan kata Latin trophaeum dari kata bahasa Yunani τρόπαιον tropaion[3] iaitu tugu yang wujud zaman Yunani Purba didirikan memperingati keberanian seseorang pahlawan menggunakan baju besi musuh yang dikalahkan.[2]
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.