From Wikipedia, the free encyclopedia
Philip Nikodem "Phil" Jagielka (lahir 17 Ogos 1982) ialah seorang pemain bola sepak profesional England yang bermain di posisi pertahanan untuk Sheffield United dan pasukan kebangsaan England.
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Philip Nikodem Jagielka[1] | ||
Tarikh lahir | [1] | 17 Ogos 1982||
Tempat lahir | Manchester, England | ||
Ketinggian | 1.83 m (6 ka 0 in)[2] | ||
Posisi permainan | Pertahanan | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Sheffield United | ||
Nombor | 15 | ||
Kerjaya remaja | |||
1990–1994 | Holy Family | ||
1994–1998 | Hale Barns United | ||
1998–2000 | Sheffield United | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2000–2007 | Sheffield United | 254 | (18) |
2007–2019 | Everton | 322 | (14) |
2019– | Sheffield United | 4 | (0) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2002–2003 | England B21 | 6 | (2) |
2007 | England B | 1 | (0) |
2008– | England | 36 | (3) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 15 Ogos 2015 ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 15:00, 7 Jun 2015 (UTC) |
Jagielka membuat penampilan sulungnya untuk Sheffield United pada 5 Mei 2000 ketika menentang Swindon Town dalam perlawanan akhir liga musim 1999–2000. Dia diberi kontrak profesional pada hari berikutnya dan selepas bermula dengan cemerlang pada musim berikutnya, dia menandatangani kontrak tiga tahun bersama kelab itu pada bulan Januari 2001.[3]
Jagielka menandatangani perjanjian baru tiga tahun bersama United pada bulan Ogos 2006.[4] Jagielka memberi United kemenangan Premiership pertama mereka sejak bulan April 1994 apabila dia menjaringkan gol pada minit ke-91 ketika menentang Middlesbrough untuk menang 2–1 pada bulan September 2006.[5] Walaupun dikenali sebagai salah satu pemain penting United, pengerusi, Kevin McCabe mengakui bahawa Jagielka boleh dijual jika harga cukup tinggi.[6] Ketika perlawanan menentang Arsenal pada 30 Disember 2006, akibat kecederaan penjaga gol, Paddy Kenny dan pasukannya mendahului 1–0, Jagielka terpaksa menjadi penjaga gol untuk baki perlawanan. Arsenal gagal menjaringkan gol dalam baki 34 minit dan United mengesahkan kemenangan 1-0.[7]
Menjelang akhir musim 2006–07, dia telah membuat 133 penampilan liga berturut-turut untuk United,[8] termasuk semua perlawanan liga dalam musim 2004–05 dan 2005–06 serta setiap minit dalam musim 2006–07.[9]
Jagielka menyertai Everton pada 4 Julai 2007, dengan perjanjian bernilai £4 juta dan kontrak selama lima tahun[10]. Dia membuat penampilan sulung di Goodison Park pada 31 Julai 2007 sebagai pemain gantian dalam perlawanan persahabatan pra-musim menentang Werder Bremen, menggantikan Joseph Yobo. Dia menjaringkan gol pertamanya untuk Everton dalam perlawanan Piala UEFA menentang AZ Alkmaar.[11] Dia menjaringkan gol sendiri ketika menentang Wigan Athletic, tetapi Everton menang 2–1. Dia menjaringkan gol pertamanya dalam liga untuk Everton ketika menentang Reading pada 9 Februari 2008.[12]
Jagielka memulakan musim 2008–09 sebagai pertahanan tengah pilihan utama, bermain setiap minit dalam kesemua perlawanan liga sebelum mengalami kecederaan ketika kalah 2–1 kepada Manchester City. Jagielka menjaringkan gol penalti kemenangan untuk Everton dalam penentuan penalti separuh akhir Piala FA menentang Manchester United. Tidak lama selepas itu, dia mengalami kecederaan ketika menentang Manchester City dan terlepas perlawanan akhir Piala FA 2009 dimana Everton kalah kepada Chelsea.
Selepas terlepas akhir musim 2008–09 dan lebih daripada setengah musim 2009–10, Jagielka bermain perlawanan pertamanya sejak mengalami kecederaan menentang Sporting C.P. dalam Liga Europa UEFA pada bulan Februari 2010, masuk menggantikan Philippe Senderos.
Pada 3 Januari 2013, Jagielka menandatangani kontrak baru bersama Everton, mengekalkannya di Goodison Park sehingga tahun 2017.[13] Pengurus, David Moyes juga mengumumkan bahawa Jagielka akan dilantik sebagai kapten untuk musim 2013–14 selepas persaraan Phil Neville.[14] Dalam musim pertama Jagielka sebagai kapten, Everton mencatat rekod 72 mata dan menduduki tempat kelima.[15]
Jagielka merupakan bekas ahli pasukan England bawah-21 dan menjaringkan gol ketika kemenangan 2–0 ke atas Slovakia di Stadium of Light pada bulan Jun 2003.
Pada 1 Jun 2008, Jagielka membuat penampilan antarabangsa pertamanya menentang Trinidad and Tobago.[16] Pada 28 Mei 2012, Jagielka disenaraikan dalam skuad England untuk UEFA Euro 2012 selepas Gareth Barry mengalami kecederaan.[17] Pada bulan Ogos 2012, Jagielka menjaringkan gol pertamanya untuk England ketika kemenangan 2–1 ke atas Itali di Bern, Switzerland.[18] Pada 12 Mei 2014, Jagielka dinamakan dalam skuad England untuk Piala Dunia FIFA 2014.[19]
Kelab | Musim | Liga | Liga | Piala | Piala Liga | Eropah | Jumlah | |||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | |||
Sheffield United | 1999–2000 | First Division | 1 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 1 | 0 |
2000–01 | 15 | 0 | 0 | 0 | 3 | 0 | 0 | 0 | 18 | 0 | ||
2001–02 | 23 | 3 | 0 | 0 | 1 | 0 | 0 | 0 | 24 | 3 | ||
2002–03 | 45* | 0 | 5 | 1 | 7 | 1 | 0 | 0 | 57 | 2 | ||
2003–04 | 43 | 3 | 3 | 0 | 2 | 0 | 0 | 0 | 48 | 3 | ||
2004–05 | Championship | 46 | 0 | 5 | 1 | 3 | 1 | 0 | 0 | 54 | 2 | |
[2005–06 | 46 | 8 | 1 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 47 | 8 | ||
2006–07 | Liga Perdana Inggeris | 38 | 4 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 38 | 4 | |
Jumlah Sheffield Utd | 257 | 18 | 14 | 2 | 16 | 2 | 0 | 0 | 287 | 22 | ||
Everton | 2007–08 | Liga Perdana Inggeris | 34 | 1 | 1 | 0 | 5 | 0 | 9 | 1 | 49 | 2 |
2008–09 | 34 | 0 | 6 | 0 | 1 | 0 | 2 | 1 | 43 | 1 | ||
2009–10 | 12 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 1 | 0 | 13 | 0 | ||
2010–11 | 33 | 1 | 2 | 0 | 1 | 0 | — | 36 | 1 | |||
2011–12 | 30 | 2 | 1 | 0 | 2 | 0 | — | 33 | 2 | |||
2012–13 | 36 | 2 | 4 | 1 | 1 | 0 | — | 41 | 3 | |||
2013–14 | 26 | 0 | 2 | 0 | 2 | 0 | — | 30 | 0 | |||
2014–15 | 37 | 4 | 2 | 0 | 0 | 0 | 9 | 2 | 48 | 6 | ||
Jumlah Everton | 242 | 10 | 18 | 1 | 12 | 0 | 21 | 4 | 293 | 15 | ||
Jumlah karier | 499 | 28 | 32 | 3 | 28 | 2 | 21 | 4 | 580 | 37 |
England | ||
---|---|---|
Tahun | Kmncln | Gol |
2008 | 1 | 0 |
2009 | 2 | 0 |
2010 | 4 | 0 |
2011 | 3 | 0 |
2012 | 6 | 1 |
2013 | 8 | 0 |
2014 | 10 | 2 |
2015 | 2 | 0 |
Jumlah | 36 | 3 |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.