Phil Collins
Pemain dram, penyanyi dan penulis lagu British (lahir 1951) From Wikipedia, the free encyclopedia
David Phillip Charles Collins LVO (lahir 30 Januari 1951)[8][9] ialah pemain drum, penyanyi, penulis lagu, penyanyi, pencipta lagu, dan pelakon Inggeris. Beliau ialah pemain drum dan kemudian menjadi penyanyi rock band Genesis, dan juga seorang artis solo.
Phil Collins LVO | |
---|---|
![]() Collins in 2007 | |
Kelahiran | David Phillip Charles Collins 30 Januari 1951 Chiswick, Middlesex, England, UK |
Pekerjaan |
|
Tahun aktif |
|
Pasangan |
|
Kerjaya muzik | |
Genre | |
Alat muzik |
|
Diskografi | Karya terkenal In the Air Tonight (en) You'll Be in My Heart (en) Against All Odds (Take a Look at Me Now) (en) Another Day in Paradise (en) A Groovy Kind of Love (en) You Can't Hurry Love (en) You Can't Hurry Love (en) |
Syarikat rakaman |
|
Kegiatan berkaitan |
|
Antara 1982 dan 1989, Collins menjaringkan tiga kali tempat terunggul dalam carta UK dan tujuh tempat nombor satu carta Amerika Syarikat sepanjang kerjaya perseorangannya. Kesemua karya yang dihasilkannya sama ada bersama kugiran Genesis, secara sendiri mahupun dengan kolaborasi bersama artis lain menjadikan beliau artis dengan single terbanyak dalam carta Top 40 Amerika sepanjang tahun 1980-an.[10]
Beliau ayah kepada Lily Collins, seorang pelakon dan model, hasil perkahwinan keduanya dengan seorang warga Amerika Syarikat, Jill Tavelman dari 1984 sehingga perceraian mereka berdua pada 1996.
Biografi
Awal hidup dan pendidikan
Collins lahir pada 30 Januari 1951 di Chiswick, Middlesex (kini dalam boro Hounslow), England,[11] Beliau seorang daripada dua adik-beradik[nota 1] kepada Greville Philip Austin Collins (1907–1972), seorang ejen insurans dan Winifred June Collins (née Strange, 1913–2011), seorang ejen bidang pementasan teater.[12][13]
Minat beliau terhadap muzik mula berputik apabila beliau dihadiahkan sebuah set dram ketika berusia lima tahun. Seorang datuk saudaranya hadiahkan sebuah set lebih besar terbina tidak lama kemudian. Ibu bapanya turut menghadiahkan set-set lebih besar tatkala Phil semakin membesar.[14] Phil sering melatih diri bermain dram mengiringi muzik dimainkan sama ada pada televisyen ataupun radio.[15]
Beliau memasuki Barbara Speake Stage School, suatu sekolah bebas yang turut diasaskan bersama ibunya[16][17] pada usia 14 tahun di mana beliau mengasah bakat lakonan profesional sendiri. Beliau mula menceburi bidang lakonan dalam pementasan adaptasi novel Oliver Twist karya Charles Dickens.[18] Beliau tampil dalam khalayak ramai dirakam untuk filem konsert The Beatles berjudul A Hard Day's Night (1964) di Scala Theatre;[19] Calamity the Cow (1967) produksi Children's Film Foundation serta juga dalam suatu adegan tambahan dipotong dari filem Chitty Chitty Bang Bang (1968).[20] Phil pernah cuba menguji bakat watak Romeo dalam Romeo and Juliet (1968)[21] namun tidak berjaya.[22]
Kerjaya muzik awal - bersama kugiran Genesis
Collins meninggalkan kugiran Genesis pada Mac 1996 tuntuk menumpukan kepada karya solonya sendiri.
Kerjaya muzik solo
Diskografi
- Album studio
- Face Value (1981)
- Hello, I Must Be Going! (1982)
- No Jacket Required (1985)
- ...But Seriously (1989)
- Both Sides (1993)
- Dance into the Light (1996)
- Testify (2002)
- Going Back (2010)
Nota
- Adiknya Clive Collins seorang kartunis untuk banyak terbitan termasuk Playboy, Punch, Reader's Digest, The Sun serta The Daily Mail.
Rujukan
Sumber
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.