baka anjing dari Belgium dan Perancis From Wikipedia, the free encyclopedia
Phalène[lower-alpha 1] ialah satu baka anjing mainan, iaitu keragaman bertelinga labuh bagi papillon. Kedua-dua keragaman dapat muncul dalam perinduk sama.
Nama lain | Spaniel kerdil benua Spaniel mainan benua Spaniel mainan bertelinga rama-rama | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Nama ringkas | Papillon bertelinga labuh | |||||||
Negara asal | Belgium / Perancis | |||||||
| ||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Phalène ialah anjing cerdas. Ia mempelajari trik baru semudahnya. Ia mudah bergaul dengan keluarga tetapi menyendiri terhadap orang baharu. Ia perlu disosialisasi untuk bergaul dengan baik dengan haiwan peliharaan lain atau ia dapat menjadi kurang percaya dan mempamerkan kecenderungan agresif terhadap anjing dan orang lain. Phalène suka bermain dan penyayang. Ia merupakan anjing riba dan anjing pendamping. Ia mempunyai tenaga cukup untuk memadani keluarga aktif, tetapi juga dapat menjadi cukup tenang untuk tinggal di pangsapuri. Oleh sebab paras tenaga agak tingginya, ia menuntut rutin senaman tetap, seperti baka pendamping lain. Phalène terkenal sebagai anjing pemerhati bagus dan ia bakal memberikan amaran kepada pemiliknya tentang perubahan persekitaran. Ia dapat menjadi bingit seperti banyak anjing mainan lain. Phalène dapat menahan haba tetapi lebih sensitif terhadap suhu sejuk kerana lapis bulu tunggalnya dan tidak patut dibiarkan di luar tanpa pengawasan dalam cuaca sejuk.
Phalène ialah bentuk terawal bagi papillon; penampilan varieti bertelinga tegak tidak didokumenkan sehingga abad ke-16. Belgium, Perancis, Sepanyol, dan Itali kesemuanya telah dikreditkan dengan penghasilan atau perkembangan anjing kupu-kupu. Papillon mendapat kepopularan selepas permulaan abad kesembilan belas. Menjelang pertengahan abad ke-20, kepopularan papillon telah jauh melebihi kepopularan phalène yang merudum cukup rendah ke dalam kekaburan sehingga menjadi terancam. Baka ini mempunyai penggemar dan tidak tergelincir ke dalam kepupusan. Pada satu ketika, keragaman ini dinamai phalène atau "rama-rama".
Abad ke-21 telah menyaksikan kebangkitan semula minat terhadap phalène dengan penggemarnya yang menunjukkan bahawa di negara-negara dengan penghakiman phalène bersama-sama dengan papillon, para hakim mesti cukup terbiasa dengan piawaian baka untuk menghargai kualiti phalène yang dibiakkbakaan dengan baik, dan tidak mengelirukan telinga labuhnya dengan telinga pada papillon bertelinga separa tegak yang patut mencadangkan kecacatan pengakuran.
Phalène dianggap sebagai varian bagi papillon dalam AKC, yang mendaftarkannya sebagai papillon dan ditunjukkan serta dihakimi dalam kelas sama.[1] Piawaian baka adalah sama dengan pengecualian telinga labuh yang tidak terletak sama rendah di kepala seperti jenis spaniel lain. Di negara yang mempunyai kelab yang mengikuti garis panduan FCI, phalène dianggap sebagai baka terpisah.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.