From Wikipedia, the free encyclopedia
Phacochoerus merupakan genus dalam keluarga Suidae yang umum dikenali sebagai warthog (babi kutil). Ia merupakan satu-satunya genus dalam subkeluarga Phacochoerinae. Ia terdapat di habitat lapang dan separa lapang, juga di kawasan yang agak gersang seperti Afrika Subsahara. Ia terdiri daripada dua spesies yang dahulunya dikira satu di bawah nama saintifik Phacochoerus aethiopicus, tetapi kini terbahagi kepada babi kutil gurun yang mewarisi nama saintifik tersebut sedangkan spesies yang paling umum diketahui iaitu babi kutil am dipanggil Phacochoerus africanus.[1]
Phacochoerus | |
---|---|
Babi kutil am jantan Phacochoerus africanus Rizab Kalahari Tswalu Kalahari, Afrika Selatan | |
Pengelasan saintifik | |
Templat taksonomi hilang (baiki): | Phacochoerinae |
Genus: | Phacochoerus F. Cuvier, 1826 |
Spesies | |
Phacochoerus aethiopicus |
Biarpun berbulu kejur, badan dan kepalanya kelihatan berbulu jarang dari jauh dan hanya nampak bulu rabung di sepanjang belakang serta jambak pada pipi dan ekor. Ketara sekali pula gadingnya yang tumbuh sepanjang 25.5 hingga 63.5 cm (10.0 hingga 25.0 in) pada jantan tetapi sentiasa lebih pendek bagi betina.[2] Rata-ratanya herbivor tetapi ada kalanya juga makan binatang kecil.[3] Biarpun kedua-dua spesies agak kerap ditemui dan oleh itu digolongkan sebagai Sedikit Bimbang oleh IUCN, namun subspesies nominat bagi babi kutil gurun, iaitu babi kutil Tanjung, pupus sekitar 1865.[4]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.