Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Perubatan alternatif merujuk pada sebarang amalan yang mendakwa menyembuhkan "yang tidak termasuk dalam rangkuman perubatan konvensional."[1] Ia mungkin berasaskan sejarah atau tradisi budaya, berbanding dari bukti saintifik.
Perubatan alternatif biasanya dikelompokkan dengan perubatan pengiring atau perubatan bersepadu, yang, secara umum, merujuk pada campurtangan yang sama apabila digunakan bersama dengan teknik aliran utama,[2][3][4] di bawah istilah umum perubatan mengiring dan alternatif, atau CAM.[5][6] Para pengkritik mengatakan istilah “pelengkap” dan “perubatan alternatif” merupakan euphemism mengelirukan bertujuan untuk memberikan gambaran bidang kuasa perubatan.[7][8][9]
Pada tahun 1998 penilaian semula sistematik bagi kajian menilai penggunaannya di 13 negara merumuskan bahawa sekitar 31% pesakit barah menggunakan satu bentuk perubatan pengiring dan alternatif.[10] Perubatan alternatif berbeza dari satu negara ke negara yang lain. Bidang kuasa di mana amalan perubatan terbesar meluas mungkin melesen dan mengawalkannya. Edzard Ernst telah menyatakab bahawa di Austria dan Jerman perubatan pengiring dan alternatif kebanyakannya di tangan pakar perubatan,[5] sementara sesetengan mencadangkan anggaran bahawa separuh dari pengamal alternatif Amerika Syarikat merupakan para perubatan.[11] Di Jerman herba dikawal ketat: separuh diberikan oleh doktor dan diterima oleh insuran perubatan berdasarkan berdasarkan perundangan Komisen E.[12]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.