Pertubuhan Larangan Senjata Kimia
From Wikipedia, the free encyclopedia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.
Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (Organisation for the Prohibition of Chemical Weapons, OPCW) ialah sebuah pertubuhan antara kerajaan yang berperanan menggalakkan negara-negara di dunia memeterai dan mengimplementasikan Konvensyen Senjata Kimia (CWC) 1997. Konvensyen ini menjanjikan penghapusan senjata kimia buat selama-lamanya demi keselamatan dunia. OPCW juga memberi bantuan kepada negara-negara yang mewarisi bahan kimia dari masa silam untuk menghapuskannya.
Kerangka | |
---|---|
Kependekan | OPCW |
Jenis/bentuk sah | Pertubuhan antara kerajaan |
Keanggotaan | 190 negara anggota Semua negara terbabit dengan CWC menjadi anggota secara automatik. (Pengecualian: lihat keanggotaan) |
Bahasa rasmi | Inggeris, Perancis, Rusia, Cina, Sepanyol, Arab |
Tapak web | opcw.org |
Sejarah | |
Dibentuk | 29 April 1997 |
Pengurusan | |
Ketua pengarah | Ahmet Üzümcü[1] |
Organ rasmi | Conference of the States Parties Executive Council Technical Secretariat |
Perangkaan | |
Belanjawan | €74 juta |
Kakitangan/pekerja | ~ 500 |
Anugerah | |
Hadiah Keamanan Nobel (2013) | |
Lokasi | |
Negara anggota OPCW (hijau) | |
Ralat Lua pada baris 384 di Modul:Mapframe: attempt to perform arithmetic on local 'lat_d' (a nil value). | |
Ibu pejabat | The Hague, Belanda 52.091241°N 4.283193°E |
Lokasi | |
Koordinat | 52°5′28.3″N 4°16′59.5″E |
sunting · sunting di Wikidata |
Pertubuhan ini bukan merupakan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, namun bekerjasama dalam isu dasar dan praktikal. Pada 7 September 2000, OPCW dan PBB telah menandatangani suatu persetujuan kerjasama.[2]
Pertubuhan ini dianugerahkan Hadiah Keamanan Nobel 2013 kerana ia telah, dengan Konvensyen Senjata Kimia, "mentakrifkan penggunaan senjata kimia sebagai pantang larang di bawah undang-undang antarabangsa" menurut Thorbjørn Jagland, Pengerusi Jawatankuasa Nobel Norway.[3][4]
Kesemua 190 pihak yang terbabit dengan Konvensyen Senjata Kimia secara automatik merupakan anggota OPCW[5] Namun terdapat pengecualian bagi Israel dan Myanmar, which yang tidak meratifikasi CWC walaupun menandatanganinya. Selain itu Angola, Korea Utara, Mesir dan Sudan Selatan yang tidak pernah menyertai CWC.[6] Syria ialah negara terbaharu yang menyerahkan surat cara penerimaan terhadap perjanjian ini berikutan rangka kerja penghapusan senjata kimia Syria pada September 2013.[7][8] Langkah ini diambil selepas laporan penggunaan senjata kimia dalam perang saudara Syria.