From Wikipedia, the free encyclopedia
Pertuanan (Jawi: ڤرتوانن}) adalah hubungan apabila sesebuah negara atau tatanegara lain mengawal dasar luar negeri dan hubungan negeri ufti, sementara membiarkan negeri ufti tersebut memiliki autonomi dalaman.[1]
Pertuanan berbeza dengan kedaulatan kerana keadaan negeri ufti secara teknikalnya bebas, tetapi hanya menikmati pemerintahan sendiri yang terhad. Walaupun situasinya pernah wujud dalam bagi sebilangan kerajaan dalam sejarah, konsep yang sama dianggap sukar untuk disesuaikan dengan undang-undang antarabangsa abad ke-20 atau ke-21, iaitu kedaulatan dikira sama ada wujud ataupun tidak dan tiada di antaranya. Walaupun sebuah negara yang berdaulat boleh bersetuju melalui perjanjian untuk menjadi negeri naungan kepada sebuah kuasa yang lebih kuat, undang-undang antarabangsa moden tidak mengiktiraf sebarang cara untuk menjadikan hubungan ini diwajibkan pada entiti yang lebih lemah. Pertuanan adalah situasi yang praktikal dan de facto, dan bukannya sebuah amalan yang de jure dan sah.
Di Eropah:
Di Indonesia:
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.